CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berani Ke Naik 'Roller Coaster Batman'? Boleh Putus Urat Perut Kot

8-4-2016 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7556| Komen: 28

Oleh Izzah Abbasy

Siapa suka naik roller coaster? Jika anda memang seorang yang tidak gayat dan takut bolehlah cuba naik Roller Coaster Batman yang terletak di Texas ini.

Menarik sebenarnya lebih-lebih lagi struktur binaannya diilhamkan daripada Batman.

Six Flags Fiesta Texas telah melancarkan coaster yang ke sembilan di dalam taman tema tersebut. Ini adalah sejarah tersendiri buat taman tersebut kerana selama 23 tahun, mereka tidak pernah membina roller coaster sehebat ini.

Diberi nama Batman The Ride, roller coaster ini memang menarik ramai pengunjung. Setinggi 120 kaki, roller coaster Batman ini mampu buat anda menjerit, meroyan, tercabut anak tekak dan sebagainya. Paling seronok apabila anda bukan hanya duduk tegak sebaliknya bergerak ke atas ke bawah.

Ha, dengar pun dah kecut perut. Inikan nak naik? Memang taklah ya! Ke anda memang seorang 'kaki roller coaster'? Patut pergi cuba naik 'Roller Coaster Batman ini.  - CARI Infonet

Nah, 'teaser' video ini untuk anda! Takut ke tidak?




Apa yang uniknya Batman The Ride?

1) Yang pertama di dunia yang mempunyai sejenis kapal teknologi magnetik menampilkan lambungan yang unik.

2) Satu sayap 4D boleh membuatkan sehingga lapan penunggang dalam suatu masa dan anda akan dibuai ke atas ke bawah.

3) Anda perlu menaiki lif untuk sampai ke roller coaster yang tingginya 120 kaki.

4) Batman The Ride bukan membuat badan anda jatuh atas bawah sahaja tetapi gaya bebas! Jangan muntah sudah lah ya!

5) Lima kenderaan dengan lapan penumpang setiap satu.

6) Kalau sudah nama Batman, pasti ada temanya. Siapa lagi kalau bukan Bruce Wayne atau Batman sepanjang garis barisan yang memaparkan Batmobile dan Batsignal.










Kredit Foto : Google



Kredit Foto : Google


5

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oak.balustrade 8-4-2016 07:53 PM
Kalau i, tengok aje dah mual dizzy segala. Kalau naik maunya terburai isi perut i gamaknya
Quote oak.balustrade 8-4-2016 07:54 PM
Kalau i, tengok aje dah mual dizzy segala. Kalau naik maunya terburai isi perut i gamaknya
Quote kemaruk 8-4-2016 10:07 PM
bestnye iin.. bestnyeeeee
Quote alieyrina 8-4-2016 10:53 PM
Best nyaa..p genting pun tarak duit nikan plak texas ...
Quote AlienGurlz 8-4-2016 11:14 PM
Tak   ke naik benda ni?
Kalau aku memang tak akan naik la. Gayat
Quote otai_g 8-4-2016 11:40 PM
roller coster yg kat legoland tu pun rs menyesal naik inikan plk yg ni...
Quote merah_arjuna 9-4-2016 04:58 AM
tak sanggup hakak
Quote blackwidowbae 9-4-2016 05:14 AM
Makcik tak pernah naik roller coaster seumur hidup makcik and i never will gituh


Buat aktiviti tak berfaedah dan membahayakan nyawa tu sama macam nak bunuh diri nakkk oii
Quote lurve82 9-4-2016 08:27 AM
naik yg kat genting tu pun tercungap2..dok tutup mata jah...
Quote fire_place 9-4-2016 02:40 PM
Xkan pergi.naik kat bandung dgn kat genting pun dh lembik kaki menangis2,kalau yg ni sah aku leh terkencing dlm seluar.
Quote yusryimran 9-4-2016 08:08 PM
adoii tidaklah hakak berminat nak main benda alah ni... scary hoccay
Quote intriQue 10-4-2016 10:37 AM
Nice....teringin nak naik. Mesti thrill habisss. Tapi jauh nun di texas lah pulak
Quote bunnyhoney 10-4-2016 11:35 AM
blackwidowbae replied at 9-4-2016 05:14 AM
Makcik tak pernah naik roller coaster seumur hidup makcik and i never will gituh



Mok cik penakut rupanya...hahahaha

Jomla mok cik..aku belanja nak?
Quote mak_wa95 10-4-2016 01:18 PM
gayatttt..........
Quote blackwidowbae 10-4-2016 01:43 PM
bunnyhoney replied at 10-4-2016 11:35 AM
Mok cik penakut rupanya...hahahaha

Jomla mok cik..aku belanja nak?

Boleh jer kalau nak banjer makcik ke texas, tapi makcik tunggu bawah jeler, takmo ler makcik naik natang nii, bukan takut tapi seremmmm ehehe
Quote L211 10-4-2016 03:04 PM
abis laaa ada yg pengsan lepas tu jerit lepas tu pengsan..in the end terus muntah
Quote bunnyhoney 10-4-2016 03:20 PM
blackwidowbae replied at 10-4-2016 01:43 PM
Boleh jer kalau nak banjer makcik ke texas, tapi makcik tunggu bawah jeler, takmo ler makcik naik  ...

Alahai m cik dah jauh2 pegi takkn duk bawah jer..klu gtu baik kita gi legoland je m cik...hihihi
Quote anniez08 10-4-2016 04:02 PM
adoi.. mau byk muntah bertaburan ni..
Quote blackwidowbae 10-4-2016 08:23 PM
bunnyhoney replied at 10-4-2016 03:20 PM
Alahai m cik dah jauh2 pegi takkn duk bawah jer..klu gtu baik kita gi legoland je m cik...hihihi

Legoland pun boleh!! Nanti makcik free free makcik roger roger kiter pergi reramai dengan geng geng forum yang lain horkeh!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top