Oleh Fyruz Hanna Dua syarikat penerbangan MAS dan Air Asia terpanggil untuk membantu penumpang Rayani Air yang terkandas akibat daripada penggantungan perkhidmatan syarikat tersebut untuk menempah semula tiket dengan tawaran pada harga diskaun. Tawaran MAS MAS dalam satu kenyataan berkata tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai 2016.
“Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. “Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang,” kata Ketua Pegawai Komersial MAS Paul Simmons sebagaimana lapor Bernama. Mereka yang mahu berbuat sedemikian menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara. Tawaran Airasia Syarikat penerbangan AirAsia pula menawarkan diskaun sebanyak 50% kepada mereka yang terlibat. Tawaran itu bagaimanapun hanya membabitkan perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini sehingga 27 April ini. Diskaun 50 peratus itu hanya boleh dinikmati penumpang yang memegang tempahan tiket yang sudah disahkan selain mengemukakan tiket itu di mana-mana cawangan AirAsia Travel & Service Centre di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) ; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ;Lapangan Antarabangsa Sultan Ismail Petra ;Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Baca selanjutnya: siakapkeli
|
insulin replied at 12-5-2016 05:42 PM
Kesian. Bawa2 berehatlah bos. Utamakan kesihatan.
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...
Rayani Air: "Saya Tak Nak Cuci Pinggan Kotor" - Vida
Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 9:31 AM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
[email protected]
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.
Jelas Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, beliau merasakan tidak berbaloi untuk menyelesaikan beban hutang sedia ada kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar.
Malah Vida berpendapat masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.
"Jika saya nak ambil alih, saya kena mulakan dengan buku baharu, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.
"Saya rasakan tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada. Jadi pihak pengurusan Rayani Air perlu cari jalan untuk selesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Namun, Vida berkata kata putus mengenai hasratnya itu hanya akan diketahui selepas hasil perbincangan antara kedua-dua pihak yang dijadualkan di ibu negara dalam masa terdekat.
"Saya masih belum buat sebarang keputusan, sekarang masih diperingkat pertimbangan lagi. Jika tawaran membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak.
"Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasil perbincangan itu nanti. Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah," katanya.
Ketika ditanya mengapa beliau berminat untuk membeli saham tersebut, Vida berkata beliau pernah bercita-cita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri sejak lebih setahun yang lalu.
"Saya pernah berhasrat nak beli pesawat persendirian sebelum ini tapi bila fikirkan semula kosnya agak mahal dan macam tak berbaloi.
"Jadi bila pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan nanti," katanya.
Rada Rabu, usahawan tersebut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.
Menurut sumber Rayani Air, masih terlalu awal untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan pertemuan bersama pihak Vida masih belum dibuat.
“Ada banyak perkara yang perlu diteliti. Di pihak kami, sudah tentu perlu melihat tawaran Vida dan apakah pelan perniagaannya,” katanya.
mStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.
mixed replied at 12-5-2016 05:48 PM
x tau la sheol nk beli ke idok byk hutang kan
kasibiman replied at 12-5-2016 05:49 PM
alolololo syian....
pengsan bila?
ADVERTISEMENT