CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tampar Pelayan, Hina Pekerja Hotel Gara-gara Lambat Beri Layanan

12-4-2016 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31769| Komen: 143|Original author: Princess_Na

Oleh Izzah Abbasy

Kejadian yang dikongsikan bukanlah baru, ia berlaku pada awal April tahun ini tapi masih 'panas' lagi. Tindakan seorang lelaki yang mahu membaling pasu bunga pada pengurus sebuah hotel menjadi viral di media sosial.

Seakan pelik bagaimana boleh berlaku perkara-perkara agak ganas seperti ini. Sudahlah berada di tempat orang. Betul tak?


Pengurus Hotel Shahzan Inn di Bukit Fraser, Azizi Aziz, mendakwa lelaki terbabit yang datang bersama anak dan isterinya menginap di hotel mereka telah menampar pelayannya dua kali hanya kerana lambat memberikan layanan.

Setelah itu, beliau dan majikan cuba berbincang dengannya di lobi hotel. Namun kata-kata yang dilemparnya seperti 'hotel sampah, hotel bodoh, staff bodoh dan manager pun bodoh' sambil menunding jari pada saya dan majikan. Siapa yang tahan diperlakukan seperti itu?

"Dia cakap kami ini Melayu bodoh, sampah. Jadi, saya bangun dan cakaplah 'kalau Melayu itu bodoh, kaulah Melayu itu,' menyebabkan dia terus mengamuk dan mahu membaling pasu itu pada saya," jelasnya.

Lelaki terbabit turut menghina tetamu berbangsa Inggeris yang kebetulan berada di situ.



"Lelaki itu kata Mat Salleh ini semua pencacai kutip taik di negara mereka, jadi tak usah nak layan lebih-lebih serta jangan jadi bodoh," katanya.


Difahamkan, lelaki itu mengakui dia berasal dari Kuala Lumpur, berstatus orang kaya dan isterinya memegang jawatan 'manager' di Petronas. Dakwa lelaki itu lagi, mereka sudah terbiasa menghadap Melayu miskin yang memberikan layanan kepada Melayu kaya seperti mereka.

"Kami yang miskin dikatanya sampah dan bodoh. Suami isteri sama-sama tiada budi bahasa langsung sampai sanggup menghina bangsa sendiri," kata Azizi lagi.

Kejadian ini telahpun menjadi kes polis dan pastinya ramai yang ternanti-nanti apakah tindakan seterusnya terhadap suami isteri tersebut.

Sebenarnya, isu pelayan lambat dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hotel tidak bagus boleh dibawa bincang dan tidak perlulah menggunakan kekerasan atau mendabik dada 'siapa kita'. Elok-elok bercuti, jadi kes polis pula.

Jadi, nasihat untuk anda semua jika bercuti atau melancong eloklah kiranya kita menjaga adab sesama kita. Lebih baik jika kita menghormati orang lain dan 'enjoy' saja. - CARI Infonet 

Berikut rakaman CCTV kejadian berkenaan ;



18

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
6

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Princess_Na 5-4-2016 03:18 PM
tu nama bini yg keje manager petronas tu. ku seruu geng csi. kehkeh.
Quote fire_place 5-4-2016 03:32 PM
Adakah bini dia warga forum ni?
Quote pearl.silver 5-4-2016 03:37 PM
Eii buruknya bila melayu berlagak
Iols speku bini dia manager petronas tu pun selalu kne sepak terajang laki tu
Dan laki tu merupakn biawak hidup yg dibela dek bini nya
Quote azie5zoe 5-4-2016 03:39 PM
kalau bini manager petronas belom lah kaya mana lagi...tak yah lah nak lagak sangat10x....
Quote CrowneGlory 5-4-2016 03:40 PM
baru manager petronas...itupun ntah2 takat manager stesen minyak je, belum lg jd ceo petronas....sakai batak baru merasa jawatan....kalau kaya buat apa g fraser...pergi la swiss sana....
Quote dubuk 5-4-2016 03:40 PM
apa barang keris

baik colt phyton terus
Quote myakayina 5-4-2016 03:42 PM
melayu lupa diri.. cer tepek videonya..
Quote Jajabeans 5-4-2016 03:42 PM
hotel shahzan inn ni hotel berapa bintang?
Quote CrowneGlory 5-4-2016 03:44 PM
link fb mana tt.... search tak jumpa
Quote CrowneGlory 5-4-2016 03:50 PM
Edited by CrowneGlory at 5-4-2016 03:51 PM

nah link fb bg yg nk tgk muka laki toke petronas : https://www.facebook.com/zizie.aziz.7
tp toke petronas senyap je dukung anak sambil laki mengamuk...mesti toke pun selalu kena sembur kat rumah...akak suggest toke bawak balik setong minyak petrol simbah kat laki pastu nyalakan...
Quote seri_mawr 5-4-2016 03:50 PM
klu kaya awat pi bercuti di bukit fraser....apa kes....

pi lah UK ke...Maldives ke....Itali ke....
Quote leylapple 5-4-2016 04:24 PM
bangang nya laki tu...

berlagak atas nama bini....

ini sama species dgn laki doktor yang bunuh GF tempohari..

agaknya mereng kot
Quote chinta89 5-4-2016 05:01 PM
euwww... kalau btl bagai dikata, bakalan dihencap ummah mesia la ko..
Quote Nham22 5-4-2016 05:25 PM
Sebenarnye dieorg miskin..tapi xnak org laun nampak dieorg miskin..berlakon jd kaya..style org kaya...
Quote 1Apr16 5-4-2016 07:19 PM
Hahaha. Inggeris pencacai. Setahu aku inggeris adalah hamba abdi kepada gypsy di negara mereka sendiri
Quote mak_wa95 5-4-2016 07:26 PM
bini manager petronas..

dia menager apa????

sah2 xde keje..kalau tak knp nk menempek dgn jawatan bini.

jadinya pi bukit fraser pun bini yg tanggung
Quote estrelle 5-4-2016 08:37 PM
Org kaya pon xberlagak mcm ko.puihh
Quote nakkomenjugak 5-4-2016 08:55 PM
adakah dia sedar dia juga menghencap dirinya sendiri sbg ummah meleis yang bodoh dan lembap?
Quote dewimalam78 5-4-2016 08:57 PM
Peliks apsal lelaki msia zaman skrg baran2 belaka?

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.085031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top