Oleh Fyruz Hanna Panggung wayang pertama seumpamanya akan beroperasi pada Julai 2016 di Kelantan. Ini menjadikan ia pawagam pertama di negeri cik siti wan kembang itu. Bagaimanapun, penggung tersebut akan memenuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara spesifik. Kelantan sebelum ini merupakan negeri yang bebas pawagam selepas 20 tahun tidak mempunyai panggung wayang dibawah pemerintahan PAS.
Setakat ini seperti yang dilaporkan, tiada filem yang akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan dan malam jumaat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, laporan berhubung kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar. “Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya lapor Sinar Harian. Tak sabar nak nantikan pawagam baru di Pantai Timur itu. -CARI Infonet. |
tranamar replied at 14-4-2016 01:25 PM
Benarkah? Hhuhu
abbyhoney replied at 14-4-2016 05:23 PM
Kelantan tidak pernah keluarkan kelulusan buka pawagam
APRIL 14, 2016 BY UPKN IN KELANTAN · 0 C ...
revolusi_30 replied at 14-4-2016 05:36 PM
Bukak pawagam pun x boleh.....apalah Kelantan ..satu lagi kuala Terengganu
nazraku replied at 14-4-2016 05:44 PM
Jangan risau sis KT confirm ada 11 halls kat PB Sentral..tunggu siap je
revolusi_30 replied at 14-4-2016 05:54 PM
PB tu apa sis
UmbrellaCorps replied at 14-4-2016 07:41 PM
jo lo ko...
btw, dulu2 tahun 90an ada doh panggung wayang.. tepi sungai panggil gapo doh panggung ...
ADVERTISEMENT