Oleh Izzah Abbasy
Selebriti Hollywood terkenal Mariah Carey, 46, antara yang serius menjaga kaki dan vokal hingga sedia melindungi aset dimiliki dengan menginsurankan 'harta' itu sebanyak RM272 juta. Difahamkan, dua-dua aset penghibur yang kini menjayakan konsert bergerak ke Eropah, The Sweet Sweet Fantasy Tour, masing-masing diinsuranskan sebanyak RM136 juta. Sumber mendedahkan, pasukan sokongannya yang memberi galakan supaya beliau mendapatkan polisi insurans terbabit memandangkan ia aset bernilai buat seorang penyanyi sepertinya. "Apa yang kita bincangkan kini adalah nilai jutaan dolar. Jika sesuatu terjadi kepada aset utama beliau, kesannya adalah kerugian besar," dedah sumber terdekat Carey. Begitupun khabar mengenai pembelian insurans anggota tubuh bukan yang pertama dilalui Carey kerana sekitar 2006 beliau pernah berhadapan isu sama, namun membabitkan bahagian kaki sebanyak RM3.89 bilion. Sementara itu, antara selebriti yang dikatakan menginsurankan bahagian badan adalah Jennifer Lopez iaitu bahagian punggungnya sebanyak RM105 juta (2014) selain Julia Roberts (senyuman) berjumlah RM116 juta, David Beckham (kaki) RM758 juta, Daniel Craig (badan) RM37 juta, Bruce Springsteen (vokal) RM23 juta. David Beckham jugalah paling 'awesome'. Aset kaki sahaja bernilai 700 juta lebih. Pengsan dengar kan? - CARI Infonet Kredit : BHarian
|
15
Bagus |
25
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 13-4-2016 12:15 PM
Farah fauzana pun ada insuranskan suara dia jugak kan
sabar_sabariah replied at 13-4-2016 12:15 PM
Farah fauzana pun ada insuranskan suara dia jugak kan
chinta89 replied at 13-4-2016 12:33 PM
iols terus teringatkan Fafau bila baca psl kak yah ni. pikiran kite sama lak~
comel91 replied at 13-4-2016 12:39 PM
lah yeke? suara serak mcm tu pun insuran ke?? huhu
sabar_sabariah replied at 13-4-2016 01:58 PM
kebetulan ye
ada aura la tu.. hu3!!
chinta89 replied at 13-4-2016 05:12 PM
sb setau iols dia sorg je insuranskan sore dia.. n dia x mo bgtau brape byk dia insuranskan.
babydoll replied at 14-4-2016 07:07 PM
kat porum ni mmg panggil dia kak yah kan? comel pulak dgr
ADVERTISEMENT