CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Simpati, Bayi Kembar Baru Lahir 8 Hari Kehilangan Ibu

15-4-2016 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 15611| Komen: 83


Oleh Fyruz Hanna

SAYU hati mengenang nasib anak-anak ini yang telah kehilangan tempat bergantung diawal usia 8 hari.

Bayi kembar dan 6 lagi adik beradiknya menjadi yatim piau pada usia muda selepas ibu mereka meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada Khamis lepas.

Anak yang paling sulung baru berusia 14 tahun. Sewaktu ke rumah keluarga ini, bekalan air dipotong, bayi kembar ini masih tidak mandi lagi kerana lampin tiada dan botol susu hanya satu sahaja.


“Yang sedihnya, bekalan air kena potong, bayi kembar belum mandi lagi sebab pampers tak ada… Botol susu ada satu je.
“Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini, syukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kita,” katanya.

Status ini dimuatnaik oleh Hasnul yang menjadi viral membuatkan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini.

Bapa kepada anak ini hanyalah bekerja sebagai pemandu lori dan masalah kewangan menjadi punca mereka dirundung kesempitan hidup.

Bagi yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menelefon suami arwah 0172728301/ 0172115769 atau mengunjungi rumah pada alamat, No 31, Kampung Changkat Jambu, Kati, Kuala Kangsar, Perak.





-CARI Infonet.
13

Bagus
26

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
31

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-4-2016 04:55 PM
adui
sedih nengok si abang.

teringat abang yg yatim piatu kt xheras tu..

iols x blh tgk bebudak lelaki nangis mcm.ni..rasa berat sgt beban dia yu..
Quote barfi 15-4-2016 04:56 PM
Sedihnya yaAllah..
Quote mokcikKSKB 15-4-2016 04:56 PM
Alahai..siannya...sape yg jaga baby tu skang.
Quote amira_safia 15-4-2016 04:58 PM
rasanya info kat atas tak berapa betul ...  yang sebenarnya bapa budak2 ni kerja pos malaysia dan masih mampu menyara anak2 ini ...
Quote nariz 15-4-2016 04:58 PM
Jom pakat derma
Quote prettyuglybabe 15-4-2016 04:58 PM
ada yg kata tipu je semua tu..
mana ada air kena potong ke apa..
si suami kerja dengan pos malaysia ke apa..
Quote amira_safia 15-4-2016 05:00 PM
Edited by amira_safia at 15-4-2016 05:01 PM

Alhamdulillah, baru selesai menziarahi keluarga yang kematian ibu dan meninggalkan 9 orang anak termasuk anak kembarnya yang baru berusia 8 hari.

Saya berkesempatan bersembang dengan suami arwah serta ketua kampung yang juga bapa saudara arwah. Rumah ketua kampung, sebelah rumah arwah saja.

Beberapa isu yang mereka minta kami perbetulkan:
Isu pampers tidak ditukar - Itu sebab terlalu sibuk nak daftar kematian dan urus jenazah.
Ada satu botol susu - Memang, sebab asalnya si ibu nak bagi susu badan.
Dakwaan air kena potong adalah tidak benar sama sekali.
Suami bukan bekerja sebagai pemandu lori tetapi Pos Malaysia di Kuala Lumpur.
Tiada anak-anak mereka yang tidak bersekolah.
Keluarga terdekat masih mampu untuk menyara anak-anak tersebut.
Mereka berharap, sumbangan ke akaun-akaun peribadi individu yang mendakwa mahu menyalurkan kepada mereka, dihentikan segera kerana bimbang ada yang mengambil kesempatan.
Mereka tidak menghalang jika ada pihak yang mahu membantu tetapi mereka bukanlah seteruk yang disangkakan seperti yang viral di media sosial. Masih ada ramai saudara terdekat yang mampu membantu mereka.
Bayi kembar yang baru lahir tidak digalakkan bersua dengan orang ramai kerana bimbang jangkitan penyakit yang tidak diingini.
Tiada anak-anak yang akan diserahkan kepada orang lain.
Saya hanya menyampaikan apa yang diminta oleh ayah kepada anak-anak ini serta ketua kampung yang juga merangkap bapa saudara arwah. Terima kasih kepada yang telah membantu, hanya Allah yang mampu membalas jasa tuan/puan. - Adnan Azizi ZA | PIXEL MEDIA
credit  :   http://goo.gl/Eu8Fcc



Quote JENABREJAM89 15-4-2016 05:00 PM
mana satu yang betul ni .... tapi apa2 pun iolss kesian kat anak2nye ....
Quote LabuLabi69 15-4-2016 05:03 PM
amira_safia replied at 15-4-2016 05:00 PM
Alhamdulillah, baru selesai menziarahi keluarga yang kematian ibu dan meninggalkan 9 orang anak term ...

baru tau cerita sebenar... thanks membetulkan cerita yang tak betul.

Quote bby2124 15-4-2016 05:19 PM
Semoga Allah memudahkan segalanya utk keluarga ni
Quote intan_smsb 15-4-2016 05:21 PM
semoga si bapa tabah menbesarkan anak2
Quote nariz 15-4-2016 05:25 PM
amira_safia replied at 15-4-2016 05:00 PM
Alhamdulillah, baru selesai menziarahi keluarga yang kematian ibu dan meninggalkan 9 orang anak term ...

Tq bg pencerahan
Quote hatikudus 15-4-2016 05:26 PM
Walaupun bukan keluarga yg kurang berkemampuan, emosi anak2 tetap sama...sedih, pedih, pilu etc. Kita yg melihat pun rasa sedih, apatah lagi anak2 arwah. Moga si bapa dpt menjalankan tanggungjawap membesarkan anak2 yg ramai tu, dipermudahkan urusannya.
Quote sabar_sabariah 15-4-2016 05:29 PM
amira_safia replied at 15-4-2016 05:00 PM
Alhamdulillah, baru selesai menziarahi keluarga yang kematian ibu dan meninggalkan 9 orang anak term ...

ibu meninggal sebab komplikasi semasa melahirkan ke sis?
Quote brownstone 15-4-2016 05:36 PM
Patut trace akaun penipu yg minta sumbangan tu.
Quote ~boolean 15-4-2016 05:37 PM
Susah atau tak... tetap sedih bila hilang ibu tersayang....kecil2 dah tiada ibu
Quote sukacactus 15-4-2016 05:41 PM
sabar_sabariah replied at 15-4-2016 05:29 PM
ibu meninggal sebab komplikasi semasa melahirkan ke sis?

Ada baca td pasal pendarahan rahim
Quote FanTasyCreaTioN 15-4-2016 05:42 PM
semoga d beri kekuatan untuk anak2
dan d permudahkan semua urusan

Quote sabar_sabariah 15-4-2016 05:44 PM
sukacactus replied at 15-4-2016 05:41 PM
Ada baca td pasal pendarahan rahim

thanks info
kasihannya alahai..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047787 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top