|
Oleh Izzah Abbasy
Jangan tak tahu, mak-mak, atuk nenek kita dulu-dulu banyak pantang larangnya. Kalau masak di dapur, tak boleh menyanyi katanya bimbang kahwin nanti dapat suami yang tua. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun-temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Kalau kita mengamalkannya tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai, ia masih boleh diikuti. Menarik yang dikongsikan di laman media sosial baru-baru ini, kapsyen berserta gambar yang dikongsikan seorang individu di laman Twitter mencuit hati para netizen. Mana tidaknya, goreng ikan pun ada pantang larangnya. Ha, anak dara, mak-mak dara, jiran sebelah, kakak 'office' kena ingatlah ya, jangan goreng ikan sama kepala, kuat bergosip pula nanti. Hehehe - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.550752 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.