CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantuan Kewangan Kepada Mat Rempit Yang Mahu Berniaga

21-4-2016 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10764| Komen: 71


Oleh : Dean BZ

Ketua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata majlis itu boleh menyediakan kira-kira RM15,000 daripada dana sedekah mereka untuk 'Mat Rempit' dengan syarat mereka menunjukkan komitmen. - Gambar oleh Zuraneeza Zulkifli


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) akan menyediakan bantuan kewangan kepada "Mat Rempit" yang ingin memulakan perniagaan menggunakan wang zakat atau sedekah.


Ketua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata majlis itu boleh menyediakan kira-kira RM15,000 daripada dana sedekah mereka bagi kumpulan itu dengan syarat mereka menunjukkan komitmen, lapor akhbar Utusan Malaysia.


"Kami mempunyai banyak lot kedai untuk ditawarkan kepada mereka, perkara yang paling penting adalah bahawa mereka benar-benar mesti menunjukkan keghairahan mereka untuk menjalankan perniagaan dan mengubah gaya hidup mereka," Shaikh Harun dipetik sebagai berkata selepas merasmikan satu majlis di Kuala Terengganu.


Beliau seterusnya berkata Maidam akan terlibat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan sebelum memulakan perniagaan.


Mat Rempit adalah sebahagian besar terdiri daripada remaja Melayu miskin yang sering mengambil bahagian dalam perlumbaan haram dan dilihat cenderong kepada gejala sosial. - CARI Infonet.



Sumber - themalaymailonline





Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 21-4-2016 12:53 AM
Puih... annoying...
Quote FOTHER-MUCKER 21-4-2016 12:53 AM
You all jangan jeles tau. Itu rezeki mat rempit!
Quote bunnyhoney 21-4-2016 01:07 AM
Makin banyak ngaku rempit pasni
Quote incrossroad 21-4-2016 01:10 AM
Tolong dulu org yg betul2 nak buat business
Quote revoc 21-4-2016 01:11 AM
ok

brb

nk wat satu tayar dari karak smpai putrajaya,arap2 dpat lar 15k buat hantaran nih
Quote spiderman80 21-4-2016 01:26 AM
Oh.....macam tu ke? Ok lah, Spidey bercadang nak jadi sorang Mat Rempit freelancer mulai esok dan apabila dah biasa dengan kerjaya tu nanti, Spidey akan jadi full time Mat Rempit.
Btw, ada sesiapa yang sudi menjadi Minah Rempit for Spidey? Yang comel punya ok?
Quote clarizsa 21-4-2016 01:31 AM
Kt ganu yg rempit yg mat pit yg parasit mmg disayang2.. yg jauh merantau cari duit x smpat balik slalu jenguk kampung dituduh disoal makcik tepi jln dgn kata2 x igt mokayoh mung ke lama x balik.. hampeh..
Quote mziskandar 21-4-2016 01:55 AM
bagi/bantu peniaga2 yg jual burger tepi jalan - nampak gak kesungguhan diorg berhujan/berpanas.
duit tu boleh digunakan utk upgrade stall/tambah equipment, tambah product, sambung blajar part-time, etc.
Quote katowjo 21-4-2016 02:33 AM
habisla duit zakat diguna budak2 bahlol beli helmet arai shoei overprice tak terhingga kononya rare sampai jepun pun tak paham  hehheheheh
Quote kucen_miang 21-4-2016 05:38 AM
Kebangangan apakah ini wahai org ganu?
Quote blackwidowbae 21-4-2016 06:33 AM
spiderman80 replied at 21-4-2016 01:26 AM
Oh.....macam tu ke? Ok lah, Spidey bercadang nak jadi sorang Mat Rempit freelancer mulai esok dan ap ...

Cikaro lelabah black widow boleh?

Kahkahkah
Quote bluehedgehog 21-4-2016 07:43 AM
dari tolong mat rempit
baik tolong yg miskin

bodoh sgt org umno
Quote mokcikKSKB 21-4-2016 07:45 AM
Dr bg depa baik bg aku...
Quote Lollipop111 21-4-2016 07:48 AM
Wang bkn segala-galanya..Klu kita x lihat mcm tuh, mmglah mcm x masuk akal idea tuh.. Yg penting mereka diberi peluang merubah diri mereka utk menjadi org yg lebih berguna dan turut sama membangun negara.
Quote haryatie 21-4-2016 07:53 AM
biar btul...
confirm ke mat rempit tu nak berniaga..
ntah2 duk beli motor baru lak @ tambah eksesori motor lak
baik kasi mereka yg btul2 memerlukan dan mulakan perniagaan
Quote insulin 21-4-2016 08:02 AM
Aku sokong kalo mat2 rempit ni buka kedai repair motorsikal. Gunakan kemahiran yang ada untuk buat duit.
Quote aechae 21-4-2016 08:06 AM
Rimas betul mat rempits kt tganu tu...ntah mna dtg xtau lah asal hujung mggu je pnuh jln pastu berlagak, block jln lg kumpul ramai2...

My abah kata dorg xda hiburan tu psl buat gtu...bongok...g cari kerjaya lain lah
Quote gagakbiru 21-4-2016 08:06 AM
Edited by gagakbiru at 21-4-2016 08:37 AM

Kenapa nak diskriminasi pada mat rempit?bagi budak2 ni buka bengkel ke,jual aksesori motor ke
Quote mybluegetz 21-4-2016 08:11 AM
Edited by mybluegetz at 21-4-2016 08:12 AM

Kenapa aku nmpk nk stereotype mat rempit ni akan bisness vape, rokok, bundles, tak pon hobby mcm drone, remote control car toys @ pon bisness spare parts motor. aishh

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059830 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top