Oleh : Dean BZ Kredit foto : WakeUp Malaya Penceramah terkenal antarabangsa dari India, Dr Zakir Naik mengejutkan masyarakat apabila berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun yang mengikuti ceramahnya di Padang Astaka, Kemaman baru-baru ini. Selepas sesi ceramah di Kemaman, Dr Zakir Naik telah menghadiri ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau UTeM pada 18 April lepas. Apa yang menarik kali ini apabila Dr. Zakir Naik menjawab soalan dari seorang lelaki Melayu ini. Seperti biasa para tetamu bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan. Soalan-soalan dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang-orang berbangsa Melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan dengan politik. Paling hangat apabila seorang lelaki Melayu bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. Lalu ini kata-kata Dr Zakir; “Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik-asyik tanya pasal hudud, hudud, hudud!” Keluh beliau. Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Dan sepanjang 20 tahun ini, beliau tidak pernah jumpa mana-mana negara Islam di dunia ini yang mengamalkan undang-undang Syariah 100 peratus. Kata beliau lagi, dakwah sebenarnya lebih utama berbanding sibuk nak laksanakan hudud. Lebih mudah jika masyarakat diIslamkan secara total, maka takda isu nak buat apa-apa pun. Sebab secara normal tiada muslim yang tak suka cara Islam dipraktikkan. Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan. Jawapan Dr. Zakir Naik sangat mendalam maksudnya dan mengajak kita semua berfikir tentang realiti sebenar yang melanda umat Islam ketika ini. - CARI Infonet. Sumber - www.tv14.my *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
5
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara
ADVERTISEMENT