CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Islam dipenjara seumur hidup!

17-7-2013 01:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20982| Komen: 224

ISLAMABAD 16 Julai - Seorang lelaki Kristian yang  menghina Islam melalui mesej yang dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur  hidup oleh sebuah mahkamah Pakistan.
Tertuduh, Sajad Masih, 29, juga dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee  (RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah  Toba Tek Singh di wilayah Punjab.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya masih tidak berpuas hati dengan keputusan  itu dan akan memfailkan petisyen semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman  mati dikenakan ke atas tertuduh.
Menurut peguam, perbicaraan lelaki itu dijalankan di dalam sebuah penjara dan  keputusan mahkamah dirahsiakan sehingga akhbar tempatan melaporkan mengenainya,  semalam.
Pendakwa raya, Sheikh Javed berkata, polis menahan Masih pada 2011 kerana  menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang dianggap  menghina Nabi Muhammad SAW.


Keputusan itu merupakan sabitan pertama kes menghina Islam yang diketahui di  Pakistan melibatkan penggunaan telefon bimbit dan internet.
Seorang peguam Kristian yang mewakili Masih dan tidak mahu dinamakan berkata,  beliau akan mencabar kes itu dengan harapan perbicaraan semula dapat  diadakan.
Undang-undang menghina Islam di Pakistan yang merupakan sebuah negara Islam  telah dipinda pada sekitar 1980-an oleh bekas pemerintah tentera Jeneral Zia ul  Haq.
Bagaimanapun, undang-undang kontroversi menghina Islam itu dikritik hebat  oleh pertubuhan hak asasi yang menganggap ia sebagai alat untuk menganiaya agama  minoriti.
Sebagai contoh, seorang bekas gabenor wilayah Punjab ditembak mati oleh  seorang anggota polis pengiring keselamatannya pada 2011 kerana komennya  menentang undang-undang menghina Islam. 

17

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koboi 17-7-2013 10:44 AM
setuju.......................
Quote whadda 17-7-2013 10:52 AM
owhh.. ingat si alvin ngan vivian yg kene jel seumur hidup tadi...
Quote Nash^Roy 17-7-2013 10:54 AM
hina islam penjara seumur idup? ok aku setuju la.. hina agama lain camner lak?
Quote geng_tx 17-7-2013 10:58 AM
Islam kata tutup aurat..

Sekali dia tak tutup.

Bagi aku itu menghina agama islam secara terang terangan.. elok juga dipenjara seumur hidup.
Quote Anak_Nogori 17-7-2013 11:10 AM
geng_tx posted on 17-7-2013 10:58 AM
Islam kata tutup aurat..

Sekali dia tak tutup.

Islam kata..jangan maki hamun org, jangan kapirkan org lain, jangan laga2 org...jangan ajar ajaran sesat..buat juga..elok juga dipenjarakan seumur hidup krn dianggap menghina juga..
Quote teky 17-7-2013 11:11 AM
bukan hina agama islam jeh.. kalo org islam hina agama len pon hukum mesti sma..

tpi yg selalu dicerca agama islam la..

Quote Nash^Roy 17-7-2013 11:13 AM
maka definasi menghina agama agak luas.. tul tak? cth kalau kite makan di khalayak ramai di bulan pose, as a muslim, kite telah menghina agama kite sendiri kan? penjara seumur idup? perghhhh..
Quote Maideen. 17-7-2013 11:16 AM
Anak_Nogori posted on 17-7-2013 11:10 AM
Islam kata..jangan maki hamun org, jangan kapirkan org lain, jangan laga2 org...jangan ajar ajaran ...

Isle kata jangan menari poco-poco, sekali dia menari jugak....sepatutnyta di hukum sula kerana menghina Isle.
Quote gogo2 17-7-2013 11:21 AM
teky posted on 17-7-2013 11:11 AM
bukan hina agama islam jeh.. kalo org islam hina agama len pon hukum mesti sma..

tpi yg selalu di ...

selalu dicerca agama Islam ke? Ko tak nampak lagi cercaan terhadap agama lain.

Saya rasa yg paling banyak dicerca adalah agama lain. Ini disebabkan Islam adalah agama rasmi Malaysia. Tak ramai org yg sebodoh Alvivi pergi cerca agama Islam.
Quote Anak_Nogori 17-7-2013 11:23 AM
Maideen. posted on 17-7-2013 11:16 AM
Isle kata jangan menari poco-poco, sekali dia menari jugak....sepatutnyta di hukum sula kerana men ...

Islam kata...jagalah agama kamu..jangan berpecah belah..jangan bertahalul siyasi yg jelas kapir harbi...buat juga...patutnya dipancung sampai mati...krn telah menghina agama.
Quote noor2 17-7-2013 11:24 AM
untuk berlaku adil pada semua masyarakat...mana2 individu yang menghina apa jua agama...patut menerima hukuman yang sama
Quote Nash^Roy 17-7-2013 11:27 AM
teky posted on 17-7-2013 11:11 AM
bukan hina agama islam jeh.. kalo org islam hina agama len pon hukum mesti sma..

tpi yg selalu di ...

apa? yg selalu dicerca ialah agama islam? maybe la kot.. sbb yg sll kena report lam paper ialah bila agama islam dihina..

bab agama lain kena hina jarang masuk paper.. diorg pun agaknya malas dah nak sentap2..

Quote teky 17-7-2013 11:28 AM
Nash^Roy posted on 17-7-2013 11:27 AM
apa? yg selalu dicerca ialah agama islam? maybe la kot.. sbb yg sll kena report lam paper ialah bi ...

agaknye..

sebab mainstream agaknye...
Quote ajie2000 17-7-2013 11:33 AM
di myanmar lagi teruk..penganut Islam dibakar kampungnya ..

dinafikan haknya sebagai minoriti..

tengok apa org bukan Islam penganut Budhha kalu ada kuasa, apa dia buat pd org Islam..

ni baru kena penjara seumur hidup dah melalak kata Islam kejam laa tak adil laa...

puii..!! Last edited by ajie2000 on 17-7-2013 11:35 AM

Quote Anak_Nogori 17-7-2013 11:37 AM
noor2 posted on 17-7-2013 11:24 AM
untuk berlaku adil pada semua masyarakat...mana2 individu yang menghina apa jua agama...patut meneri ...

Samalah dgn hukum hudud noor...kena berlaku adil pada semua masyakarat tak kita apa bangsa, kaum, etnik mahupun agama...mana boleh hanya utk org islam sahaja.
Quote Loxlaxman 17-7-2013 11:38 AM
UMNO / BN hina Islam camner pulak ...pejam mata ka?
Quote Lejen 17-7-2013 11:39 AM
Islam telah menang
Quote Anak_Nogori 17-7-2013 11:40 AM
Loxlaxman posted on 17-7-2013 11:38 AM
UMNO / BN hina Islam camner pulak ...pejam mata ka?

DAP, PKR, PAS hina islam camner plak....jadi setan bisu ka?.
Quote ajie2000 17-7-2013 11:41 AM
Loxlaxman posted on 17-7-2013 11:38 AM
UMNO / BN hina Islam camner pulak ...pejam mata ka?

itu ok lagi..

kalau parti Isle tu lagi laa pulak sanggup buang Isle kerana undi..

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055538 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top