Oleh Izzah Abbasy Syarikat MAMEE-DOUBLE Decker (M) Sdn Bhd yang popular dengan snek ringan Mamee Monster merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan dan minuman yang dikategorikan sebagai produk kesihatan, pada masa akan datang. Pengarah Komersial, Pemasaran dan Jualannya, Chan Meng Yang berkata, ia bagi mempelbagaikan barisan produk keluaran syarikat itu dalam memenuhi kehendak pelanggan, selaras dengan usaha syarikat untuk mengembangkan perniagaan. Pada Mac lalu, Mamee mengeluarkan susu kultur jenama Nutrigen perasa asli untuk orang dewasa, dalam dua varian iaitu biasa dan kurang manis. Meng Yang berkata, sempena ulang tahun Mamee ke-45 tahun ini, syarikat itu bakal mengeluarkan beberapa produk baharu sebagai penghargaan kepada pelanggannya, selain susu kultur dewasa. Katanya, Mamee bakal mengeluarkan biskut kesihatan, diperkaya dengan pelbagai vitamin, yang disasarkan untuk kanak-kanak dan dewasa, pada suku ketiga tahun ini. Biskut mempunyai permintaan yang tinggi. Produk ini selari dengan hasrat syarikat yang mementingkan 4I iaitu inovasi (innovation), integriti (integrity), penglibatan (involvement) dan intensiti (intensity) dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan.
|
16
Bagus |
6
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pr3ttytw33ty replied at 22-4-2016 10:51 AM
mamee skrg dah x sedap cam mamee aku mkn kecik2 dulu
Juadah replied at 22-4-2016 11:58 AM
Mamee monster mmng stok mknan ringan i d rumah. Beli yg pek besar ada 11 pek kecil dlmnya. Perisa pe ...
ADVERTISEMENT