Oleh : TS LOO
Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey. Katanya, sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna jingga keemas-emasan malah penemuan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok. “Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.
Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding keli biasa. Didorong perasaan ingin tahu, dia memberanikan diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang untuk dikongsi bersama penghuni rumah panjang mereka. “Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas." Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya. Menurut Apai Rickey, ikan keli itu bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter. Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, dia memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka. “Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya. Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik tersebut, beberapa penduduk Cina dari Sarikei datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak. “Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan. – CARI Infonet sumber info: http://www.theborneopost.com/
|
29
Bagus |
38
Marah |
19
Terkejut |
32
Sedih |
13
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nokiaman replied at 22-4-2016 03:41 PM
Awat nk kecoh bagai...
Melayu ni mmglaaa spesis bangang..
Da kaler camtu apa mo kecoh...
UmbrellaCorps replied at 22-4-2016 07:31 PM
eh engkau yang bodoh kan.. tu kaum dayak le wei.. bukan melayu...
ADVERTISEMENT