Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dijadual bermula 9 pagi ini. Proses penamaan calon berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi membabitkan semua 82 pusat penamaan calon yang terdiri daripada pejabat kerajaan, dewan orang ramai, sekolah, maktab perguruan, perpustakaan, rumah rehat kerajaan serta stadium tertutup. Pilihan raya negeri kali ini turut menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri ini. Kerusi-kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
Pilihan raya itu diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April.- CARI Infonet sumber info: http://www.bharian.com.my/
|
27
Bagus |
22
Marah |
35
Terkejut |
31
Sedih |
18
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT