Oleh Adib Za Jika sebelum ini dunia fesyen tempatan kecoh dengan rekaan jubah, baju kurung dan baju Melayu hispter yang tidak kena dengan masyarakat itu sendiri.
Kini, bersempena dengan hari raya yang bakal kunjung tiba tidak berapa lama lagi, pereka Anuar Faizal hadir dengan koleksi yang dipanggil Eid. Tidak kalah dari segi rekaan yang moden dan sofistikated, namun nampaknya sesi pertunjukan fesyen bagi menggayakan koleksi baju rayanya itu telah mendapat perhatian luar biasa daripada netizen. Masakan tidak, baju yang biasanya dipakai sempurna ketika hari lebaran dan perayaan umat Islam itu digayakan penuh 'daring' tanpa mengenakan baju. Ya, shirtless!
Sudah pastinya mata-mata netizen yang begitu tajam ini mula mengeluarkan pendapat masing-masing. Yang paling pasti cemuhan dan kritikan pedas diberikan kepada pereka ini. "Jangan sesekali menghina kesucian hari lebaran dengan pertunjukan fesyen raya yang mendedahkan aurat.." "Sampahnya design macam ni. Orang buat jubah/ baju Melayu untuk tutup lagi aurat. Kau buat siap tak pakai baju lagi. Baik pakai singlet je raya.." Begitulah antara bibit-bibit komen yang dilemparkan oleh para netizen melalui instagram rasmi Anuar Faizal. Tak mahu semakin ramai yang keliru, Anuar dilihat menjawab segala persoalan tersebut, "Ini design seluar yang dipakai bersama set baju kami. Tujuan peragaan tidak berbaju adalah untuk menonjolkan seluar yang lengkap dengan potongan slack, poket di kiri dan kanan, dan ada getah di belakang pinggang untuk memudahkan pergerakan solat. Terima kasih kerana prihatin." Bagaimana pun dilihat para netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati meskipun telah dijelaskan sedemikian. Apa pun, kejadian ini boleh jadi pengajaran buat pereka yang lain agar menjadi lebih sensitif dan juga peka. Bayangkan yang diperagakan itu ialah persalinan untuk bersolat dan sambutan hari raya namun dipertontonkan dengan tanpa berbaju serta menyerlahkan bahagian aurat. - CARI Infonet Sumber Foto: Instagram Anuar Faizal |
16
Bagus |
20
Marah |
25
Terkejut |
40
Sedih |
21
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 25-4-2016 08:04 AM
Fuuu, kelihatan sangat gay.
ADVERTISEMENT