Oleh Adib ZA Siapa yang tak tertawan dengan tasik di Putrajaya? Ia turut dikenali dengan nama 'City in the Garden' dan tak hairanlah kawasan penuh menghijau meskipun pembangunan pesat di sekelilingnya.
Satu kelebihan Putrajaya ialah dikelilingi tasik buatan manusia yang sangat indah. Segar dan menenangkan, begitulah perasaannya. Paling syok anda boleh mengelilingi kawasan Putrajaya ini dengan melalui tasik buatan ini. Salah satunya adalah dengan cara menaiki bot atau cruise. Memang takkan menyesal punyalah. Anda perlu ke jeti cruise ini yang terletak di Presint 1 yang berhampiran Pejabat Perdana Menteri dan masjid Putrajaya. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan. Jom apa lagi, bawa seluruh keluarga anda bercuti dan menikmati pemandangan indah Putrajaya. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT