Oleh : Dean BZ
Masalah gemuk atau obesiti dikalangan lelaki dan wanita di negara kita semakin serius. Budaya makan keterlaluan tanpa mengira waktu menjadi punca utama kepada masalah kegemukan di kalangan rakyat Malaysia. Tidak hanya di Malaysia sahaja, turut menjadi viral mengenai satu artikel tentang masalah kegemukan dikalangan wanita Melayu di Singapore yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Menurut artikel dari Berita Minggu Singapore, masalah kegemukan yang melanda dikalangan wanita Melayu di Singapore berpunca dari beberapa sebab :
DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka. SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka melihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu. Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal. Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam. 'Cakap mudahnya, orang kita sekarang banyak makan, makan, makan...' kata seorang pakar pemakanan di sini. Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai penduduk Singapura (sekitar 52 peratus). Kajian yang di lakukan di Malaysia beberapa tahun dahulu turut menunjukkan hampir sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk. Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang. Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang. Untuk pengetahuan, sejak dahulu lagi, ahli-ahli sains mengetahui bahawa mereka yang obes tidak panjang umur. Laporan David B. Caruso yang dipetik dari Associated Press menjelaskan, secara puratanya, bukan perokok yang diklasifikasikan mempunyai berat badan berlebihan tetapi tidak obes hilang tiga tahun jangka hayat mereka. Secara purata, individu perempuan yang obes, kehilangan lebih banyak jangka hayat mereka berbanding lelaki yang obes. Mulai hari ini, kawal pemakanan anda dan banyakkan senaman. SAY NO TO OBESITY! - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
7
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 26-4-2016 08:22 AM
calling @ifanonline
ultra78 replied at 26-4-2016 08:22 AM
calling @ifanonline
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:25 AM
Betul la kurang exercise makan nasik pagi ptg malam harusla dekkk
oak.balustrade replied at 26-4-2016 08:28 AM
Hujung2 letak gambar missfake. Harus wanita2 obes lagi rasa down lalu gigih aim nak body cam missfak ...
rospinki replied at 26-4-2016 08:23 AM
Yg malaysia pun sama..gigih la kurus kejap pastu mok2 jgak
oak.balustrade replied at 26-4-2016 12:29 AM
Ada yang work out tu gigih show off masukkan dalam socmed tapi i terserempak offline nyer yang dia ...
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:33 AM
Kalau cheat day bamgost tak kisah sangat ni workoutnya sekali tapi makan nasik 8 kali.haukkkk sang ...
bluehedgehog replied at 26-4-2016 08:30 AM
eh...korang jgn fake2 la sgt
skg wa tukar gmbr amoi temasek
bluehedgehog replied at 26-4-2016 12:30 AM
eh...korang jgn fake2 la sgt
skg wa tukar gmbr amoi temasek
GhostWalking replied at 26-4-2016 08:33 AM
Kalau cheat day bamgost tak kisah sangat ni workoutnya sekali tapi makan nasik 8 kali.haukkkk sang ...
ADVERTISEMENT