Oleh Izzah Abbasy
Tiada benda lain selain manusia dan haiwan yang hidup. Tetapi, Marina Bychkova merupakan seorang seniman yang terkenal dengan kemampuannya membuat anak patung porselin yang sangat realistik. Anak-anak patung itu biasanya dibuat secara berbogel, misteri, bahkan mempunyai ekspresi sedih, seolah benar-benar terpengaruh oleh kehidupan dan takdir. Anak patung cantik ini menarik perhatian melalui mata mereka yang "hidup" dan bibir yang sensual. Anak patung itu pun mempunyai semacam sendi di tubuhnya, sehingga mereka boleh diambil gambar dalam pelbagai 'pose' yang mampu menunjukkan emosi kepada penonton. Marina sendiri mula membuat anak patung ini ketika usianya masih 6 tahun. Dia digerakkan oleh fakta bahawa dirinya tidak boleh bermain dengan anak patung cantik yang ada di imaginasi dan mula belajar seni untuk membuatnya jadi nyata. Dia pun memerlukan sekurang-kurangnya 150 hingga 300 jam untuk membuat sebuah anak patung. Selain terkenal kerana hasilnya yang begitu halus, anak patung ini juga menunjukkan adanya lapisan sosial, psikoanalitik dan feminisme. Salah satu ciptaan yang paling luar biasa yang dibuatnya adalah karya yang ditujukan untuk pesakit kanser payudara yang berbentuk seorang gadis muda dengan kepala botak dengan mahkota berlian dan tidak memiliki payudara. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT