Oleh Izzah Abbasy
Pelbagai kaedah diambil oleh oleh pihak berkuasa di seluruh dunia untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya bermain telefon ketika berjalan di kawasan berkenderaan. Sebagai contoh yang telah dilakukan pihak berkuasa di sebuah bandar kecil di Jerman pula bertindak selangkah lebih dengan memasang sistem lampu isyarat untuk 'zombi' telefon atau lebih tepat, smombies. Dua perkataan daripada 'Zombie' dan 'Smartphone' disatukan menjadi 'smombies'. Ia bertujuan supaya orang ramai, termasuk pelancong lebih peka dengan keadaan sekeliling. Sistem lampu isyarat 'smombies' itu dipasang pada lantai, bertepatan dengan arah mata 'smombies' yang senantiasa memandang skrin telefon mereka. Sistem itu akan menyalakan lampu merah apabila terdapat tren yang mahu melintas ataupun lampu isyarat ketika itu merah. Setakat ini, sistem tersebut dipasang di dua kawasan pejalan kaki di Ausgsburg yang mana terdapat kes kemalangan yang membabitkan tren dan juga smombies dimana salah satu kejadian melibatkan kemalangan nyawa. Tindakan memasang lampu isyarat tambahan itu mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyifatkan ia tidakan yang bagus dan ada juga yang mempersoalkan keberkesanan sistem itu. Pihak berkuasa Malaysia dah boleh cuba-cubalah mengkaji keberkesanan langkah yang dibuat oleh Jerman ini. Manalah tahu, dapat menyelesaikan masalah 'smombies' yang asyik dengan telefon pintar masing-masing. Siapalah antara anda yang merupakan smombies? - CARI Infonet
|
13
Bagus |
9
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Apai86 replied at 3-5-2016 06:59 AM
OOOOttaaaaaaakkkkk.....ooootakkkkkkk...
ADVERTISEMENT