CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ikan Masin Pencetus Kanser Nasofarinks

3-5-2016 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9718| Komen: 27


Oleh : TS LOO


Kerap makan ikan masin boleh menyebabkan kanser, berita yang mungkin kurang enak kepada penggemar makanan yang disifatkan ‘penyedap’ selera itu.

Kemungkinan itu berlaku kerana cara pemprosesan ikan masin menyebabkan kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam makanan itu mampu mengaktifkan virus Epstein Barr (EBV), yang mempunyai reseptor untuk mengubah struktur sel dan mengakibatkan terjadinya kanser pada bahagian belakang hidung dinamakan nasofarinks.

Mengambil sajian ikan masin atau daging yang dimasak masin secara berterusan dengan jumlah yang banyak meningkatkan risiko untuk mendapat kanser ini, yang merupakan kanser ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di Malaysia.



Kanser ini juga boleh berlaku kepada semua peringkat usia tetapi catatan paling tinggi kalangan mereka yang berusia 50 hingga 70 tahun. Begitupun, sehingga kini tidak diketahui punca mengapa berlaku kepada golongan pada usia tersebut.

Namun, sebab sebenar berlakunya keadaan itu sehingga kini tidak diketahui lagi, melainkan faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, jangkitan virus EBV, pencemaran udara dan pemakanan sebagai teori yang sering dikaitkan dengan kanser nasofarinks.



Disebabkan lokasi nasofarinks yang terletak pada bahagian yang menjadi penghubung antara rongga hidung dan saluran pernafasan yang lain, gejala dan tanda yang ditunjukkan oleh pesakit kanser nasofarinks akan kelihatan, namun apa yang membimbangkan gejalanya sama seperti alahan menyebabkan ramai yang memandang ringan.

Ada sesetengah kes langsung tidak menunjukkan simptom kerana ruang yang besar pada bahagian nasofarinks menyebabkan ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana sahaja, kecuali bengkak di leher yang boleh disalahertikan sebagai alahan.


Walaupun mendapat tanda-tanda seperti bengkak di bahagian leher, hidung atau pernafasan tersumbat, pendarahan di dalam hidung, kurang pendengaran dan gangguan saraf di sekitar mata yang mengakibatkan masalah penglihatan, kebanyakan pesakit memilih untuk mendiamkan diri dan tidak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ini menyebabkan apabila didiagnosis, kanser sudah berada di peringkat serius.


Dalam kes kanser nasofarinks, rawatan utama adalah radioterapi dan kemoterapi. Kebanyakan pesakit menunjukkan respons yang baik terhadap rawatan tersebut, namun semua bergantung kepada keadaan pesakit.

Pesakit dalam kalangan orang tua mungkin tidak bersesuaian untuk menerima rawatan radioterapi. Keputusan bergantung kepada perbincangan antara pesakit dan doktor pakar.


Pentingnya pemeriksaan awal jika menyedari bahawa mereka mempunyai faktor-faktor risiko terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga.

Bagaimanapun, dengan mengetahui faktor-faktor risiko lain yang boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat penyakit ini, sudah cukup baik sebagai langkah berjaga-jaga.- CARI Infonet




sumber info: http://www.kosmo.com.my/
5

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 3-5-2016 11:38 PM
Unfortunately, ini adalah tepat. Dan ianya melibatkan EBV tu tadi.
malah ianya byk sgt di kalangan Chinese, kemungkinan dai cara makanan makanan mereka di rawat / di jeruk.
Quote Super-M 4-5-2016 10:17 AM
ipes2 replied at 3-5-2016 11:38 PM
Unfortunately, ini adalah tepat. Dan ianya melibatkan EBV tu tadi.
malah ianya byk sgt di kalangan  ...

Dah lama nak Tahu kebenarannya,Ipar saya pernah cerita,arwah abang dia meninggal kena kanser,
Kanser perut Ke apa tak Silap,
Dia cakap arwah abang dia suka sangat makan ikan masin jeruk(ikan Tenggiri jeruk)
Setiap masa setiap hari mesti kena Ada ikan masin tu,jadi memang Ada Kaitan lah eh
Ikan masin ni sebagai pencetus kanser?
Quote ipes2 4-5-2016 03:16 PM
Super-M replied at 4-5-2016 10:17 AM
Dah lama nak Tahu kebenarannya,Ipar saya pernah cerita,arwah abang dia meninggal kena kanser,
Kan ...

memang Asians byk kena nasopharyngeal cancer (NPC) dan ianya sudah di proven by scientific research that these are related to eating high amounts of cured meat, salted meat, pickled foods, cured and pickled fish. Sebab semua ni as parts of their byproducts, produces Nitrates dan Nitrites dan ini, ikut pembelajaran ilmu perubatanlah, menaikkan level of nitrosamine yang boleh meosakkan DNA cells setempat, dan ini boleh membawa kepada cancer.

Jgn pula takut utk mkn chinese food atau ikan kering etc, tetapi excessive amounts tak boleh lah. Saya sendiri kaki makan ikan kering.. dan budu.. dan chinese pickled vegs.. so sy kena lah cut down dan mkn jarang jarang sahaja..
Quote Super-M 4-5-2016 03:19 PM
ipes2 replied at 4-5-2016 03:16 PM
memang Asians byk kena nasopharyngeal cancer (NPC) dan ianya sudah di proven by scientific researc ...

Maggi pun kurang kan eh.

Ok..Terima kasih.nanti superM boleh kongsi info
Dengan orang lain
Quote Missfadh 4-5-2016 04:50 PM
Nice info. My 13 yo nephew is a picky eater suka sangat makan ikan masin. Keep on reminding him about this lah lepas ni.
Quote ipes2 5-5-2016 11:31 PM
Missfadh replied at 4-5-2016 04:50 PM
Nice info. My 13 yo nephew is a picky eater suka sangat makan ikan masin. Keep on reminding him abou ...

Emmm.. eloklah if kita hidangkan ikan kering dan ikan masin ni sebagai treat je ie sekali sekala
Quote ipes2 5-5-2016 11:33 PM
Super-M replied at 4-5-2016 03:19 PM
Maggi pun kurang kan eh.

Ok..Terima kasih.nanti superM boleh kongsi info

Ha ha.
maggi ni ada questionable nutritional values.
At best, tak de apa yg elok; at worst, byk sgt MSG kata org (ye ke?)
Ya. Patut kurangkan maggi.. elok bykkan sayur hijau
Quote Super-M 5-5-2016 11:44 PM
ipes2 replied at 5-5-2016 11:33 PM
Ha ha.
maggi ni ada questionable nutritional values.
At best, tak de apa yg elok; at worst, byk  ...

Ok ipes. Mulai esok superM nak dgr bawak bekal salad, sayur2 dan tiada maggi lagi.
Quote ipes2 6-5-2016 04:39 AM
Super-M replied at 5-5-2016 11:44 PM
Ok ipes. Mulai esok superM nak dgr bawak bekal salad, sayur2 dan tiada maggi lagi.

ha ha esok oncall..terpaksa la bawak nasik..
lauk paru 2 minggu lepas
dok dlm fridge jadi segar la jugak lagi
Quote Loxlaxman 9-5-2016 11:41 AM
Jilat-jilat barang masin pun bahaya...kerana lidah, jiwa binasa.
Quote mokcikKSKB 9-5-2016 03:37 PM
ipes2 replied at 3-5-2016 11:38 PM
Unfortunately, ini adalah tepat. Dan ianya melibatkan EBV tu tadi.
malah ianya byk sgt di kalangan  ...

Mcm mana korean plak doc?depa setiap menu ada kimchi.
Quote ipes2 9-5-2016 03:51 PM
mokcikKSKB replied at 9-5-2016 03:37 PM
Mcm mana korean plak doc?depa setiap menu ada kimchi.

Hmmm tu lah; depa pon pickled kemain lagi kimchi tu.
I tak tau rates of nasopharynx carcinoma (NPC) dalam that group.
Yg nyata ialah statement ''Asians high risk at getting NPC''
Nanti i baca about it.
Remind me jika i lupa.
Quote ipes2 9-5-2016 03:57 PM
mokcikKSKB replied at 9-5-2016 03:37 PM
Mcm mana korean plak doc?depa setiap menu ada kimchi.

'MOkcik; SK dikira low risikonya utk dapat NPC. Tak tau naper:
Dua research papers:

1) Chinese Clinical Oncology; Vol 5, No 2 (April 2016)                     / Korean perspectives of nasopharynx cancer management:

''...Though Korea is located in Eastern Asia and very close to China, the incidence rate was 0.6 per 100,000 general Korean people, which was, more or less, higher than in Western countries, and, however, significantly lower than in South-Eastern Asia...''


2) Journal of Cancer EpidemiologyVolume 2013 (2013), Article ID 986408:

''Asians and Pacific Islanders (APIs) leading cause of death is cancer. We compared APIs age-adjusted cancer mortality rates to other racial/ethnic groups and by API subgroup (i.e., Chinese, Koreans, Asian Indians, and Filipinos) using New York City (NYC) Mortality data and Census Bureau population estimates for 2001â
Quote shernazz 9-5-2016 03:59 PM
wow
nasib makan sekali sekala je..
yg penting makan bersederhana..
aku suka makan.masak.lemak.ikan kurau n nenas
Quote ipes2 9-5-2016 07:21 PM
shernazz replied at 9-5-2016 03:59 PM
wow
nasib makan sekali sekala je..
yg penting makan bersederhana..

masak ikan kurau tu bagus apa; ikan is really good, cuma mahal dan supply nye kurang (di mesia lain kot, mungkin terbalik kan?)
the only thing yang ada dalam statment awak tu ialah ..masak LEMAK ikan kurau.. hi hi.. tu aje
sekali sekali ok kot; sy pon lauk yg paling gemar sgt ialah masak lemak... hmmm dah rasa nak makan lunch dah!!
Quote shernazz 9-5-2016 11:40 PM
ipes2 replied at 9-5-2016 07:21 PM
masak ikan kurau tu bagus apa; ikan is really good, cuma mahal dan supply nye kurang (di mesia lai ...

kan. swdapnya...saya suka sangat tp agak susah la nak cari orang masak sedap..haha
saya pun masih mencuba masak lauk lemak tu yabg sedap macam lauk kenduri
Quote ipes2 10-5-2016 01:41 AM
shernazz replied at 9-5-2016 11:40 PM
kan. swdapnya...saya suka sangat tp agak susah la nak cari orang masak sedap..haha
saya pun masih ...

memang kau.. masak lemak cili padi lain kan?
rasa nya memang agak susah nak balance..alah lama lama sedap jugek
trial n error dulu
Quote Super-M 10-5-2016 07:50 AM
ipes2 replied at 9-5-2016 03:51 PM
Hmmm tu lah; depa pon pickled kemain lagi kimchi tu.
I tak tau rates of nasopharynx carcinoma (NP ...

Erm.. Bukan kimchi ni katanya ada banyak khasiat ke?  SuperM ada baca pasal kimchi ni. Antaranya dikatakan mengandungi sumber pribiotik yg baik. M ada baca kat health.com ada baca kajian ptofessor miri kim dll food nutrition kt korea lah yg bgtau kebaikkan kimchi
Quote Super-M 10-5-2016 07:53 AM
shernazz replied at 9-5-2016 03:59 PM
wow
nasib makan sekali sekala je..
yg penting makan bersederhana..

Gulai dengan kari pun sedap.
Masa pg kedah rumah kenalan.. Hurm.. Sedap
Tak perasan aku lahap mcm org kebulok.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top