CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Curi Gelang Tangan Ibu, Sorok Bawah Pasu Pokok Cili

4-5-2016 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 6315| Komen: 27

foto kredit: Theborneopost


Oleh Fyruz Hanna

Limbang - Seorang anak sanggup curi barang kemas kepunyaan ibunya sendiri dan sorokkan dibawah pasu pokok cili diluar rumahnya.

Barang kemas dan wang tunai yang dipercayai disimpan ibu didalam bilik hilang selepas mangsa menyedari bungkusan plastik tersebut hilang. 

“Jumlah kerugian dalam kejadian itu dianggarkan bernilai RM7,800,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, seorang suspek yang juga anak mangsa berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam rumah).

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Mohd Bukhori Saffai, antara barangan termasuk dua bentuk cincin, pin tudung dan seutas rantai dengan wang tunai berjumlah RM1300.

baca selanjutnya: BorneoPostOnLine
37

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
29

Sedih
15

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 4-5-2016 10:47 AM
4 Mei 2016

LIMBANG: Seorang anak tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai milik ibunya yang disembunyikan dalam biliknya di sebuah rumah Kampung Limpaong di sini, Sabtu lalu.

Kejadian disedari mangsa, 57, sekitar jam 8.30 malam apabila mendapati barang kemas dan wang tunai yang disimpan dalam bungkusan plastik di biliknya hilang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, antara barangan hilang termasuk dua bentuk cincin emas, pin tudung, satu bentuk rantai emas dan wang tunai berjumlah RM1,300.

“Jumlah kerugian dalam kejadian itu dianggarkan bernilai RM7,800,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, seorang suspek yang juga anak mangsa berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam rumah).

Sementara itu, beliau mendedahkan polis berjaya menemui kembali gelang emas dicuri dua suspek termasuk seorang pelajar tingkatan satu yang dilaporkan hilang di Zon Temiang Kampung Pahlawan, Khamis lalu.

Mohd Bukhori berkata, hasil siasatan selepas tertangkapnya kedua-dua suspek polis menemui kembali gelang emas yang disembunyikan di bawah pasu pokok cili dan seutas gelang lagi sudah digadai di sebuah kedai pajak gadai di bandar ini.

“Suspek menunjukkan kepada polis tempat gelang emas itu ditanam di bawah pasu pokok cili dan satu utas lagi sudah digadai di sebuah kedai emas di sini,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis menemui kembali sebuah motosikal dilaporkan hilang di Desa Pabahanan di sini pada 19 April lalu.

“Suspek, 27, dari Kampung Bawang Obor disyaki terlibat dalam kes itu berjaya ditangkap,” jelasnya. - Sarawak News
Quote chinta89 4-5-2016 10:53 AM
mak dh cekak pinggang terrr!
Quote zameyla 4-5-2016 10:57 AM
dadah la tu....
Quote prettyuglybabe 4-5-2016 11:57 AM
dah tanam tu jangan lupa buat peta..
Quote sukacactus 4-5-2016 12:00 PM
Banyak je jd camni
Yg curi duit kat atm pun ada
Yg tipu mak bapak sdr pasal tanah pusaka pun byk jadi
Quote Artemesiaa 4-5-2016 12:12 PM
Dah joint jadi penagih dadah macam tu le perangai dia orang ni sepesen je kesnya
Quote zhatul 4-5-2016 12:14 PM
sian mak yg mengandungkn ank x kenang budi

Quote PongKang 4-5-2016 12:16 PM
chinese or indian ada x kes mcm ni? jenis anak derhaka?
Quote mh17 4-5-2016 12:18 PM
Aku pun ada kawan dr limbang,menyamun mak mertua sndri,yg sdih anak makcik tu pun join menyamun..hai nasib ko la makch@b
Quote Modngengade 4-5-2016 12:24 PM
PongKang replied at 4-5-2016 04:16 AM
chinese or indian ada x kes mcm ni? jenis anak derhaka?

Ada jer sis...

Kenapa...ingat ummah jinjang dan estet ni ummah terpilih ker....yg paksa emak mengemis pun ada
Quote PongKang 4-5-2016 12:37 PM
Modngengade replied at 4-5-2016 12:24 PM
Ada jer sis...

Kenapa...ingat ummah jinjang dan estet ni ummah terpilih ker....yg paksa emak me ...

mcm2 kan org zaman skang
Quote EvieWanKenobi 4-5-2016 02:01 PM
kesian mak dia ada anak macam ni..
Quote red_cattleya 4-5-2016 07:39 PM
org yg ai kenal lagi lah, dah ler anak angkat..bawak mak gi bank ckp nak buat bnd lain..yg si mak gi cop jari sbb percaya si anak..rupa2 nya lesap rm30k kena kebas..
Quote mak_wa95 4-5-2016 07:46 PM
siap pakai baju lokup dah...
Quote mak_wa95 4-5-2016 07:46 PM
kenapa muka mak ditutup, mak bukan penjenayah
Quote spiderman80 4-5-2016 08:09 PM
PongKang replied at 4-5-2016 12:16 PM
chinese or indian ada x kes mcm ni? jenis anak derhaka?

Ada....Spidey sendiri pernah buat.
Masa tu Spidey kat Form Two. Terpengaruh dengan kekawan yang suka melawat pusat hiburan arcade game (kami suka ponteng kelas)

Spidey pernah sekali-sekala mencuri note RM100 atau RM50 dari dompet ayah. Setiap kali duit ayah hilang dalam dompet, dia mesti suspek mak Spidey yang ambil. Wakakaka....


Pikir balik benda ni, Spidey menyesal betul.
Quote PongKang 4-5-2016 08:13 PM
spiderman80 replied at 4-5-2016 08:09 PM
Ada....Spidey sendiri pernah buat.
Masa tu Spidey kat Form Two. Terpengaruh dengan kekawan yang s ...

spidey kene balas balik perbuatan spidey tu. bg balik duit tu sekali dgn faedah 10% per year.
Quote spiderman80 4-5-2016 08:15 PM
PongKang replied at 4-5-2016 08:13 PM
spidey kene balas balik perbuatan spidey tu. bg balik duit tu sekali dgn faedah 10% per year.

Hahahaha
Quote Rose1982 4-5-2016 08:19 PM
spiderman80 replied at 4-5-2016 08:09 PM
Ada....Spidey sendiri pernah buat.
Masa tu Spidey kat Form Two. Terpengaruh dengan kekawan yang s ...

Hahaha... dah dewasa ada buat lagi macamtu tak?

Bukan mencuri ni blh jd habit ke..
Rasa mcm thrill ja bila dpt duit or barang then blh get away with it..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055779 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top