Oleh Izzah Abbasy Kalau dulu, melalui kepingan gambar yang disimpan di dalam album akan menjadi bukti dan kenangan buat anak cucu kelak. Begitulah yang dilakukan oleh saudara Amir Farid. Melalui perkongsian gambar di laman Facebook miliknya, mengembara beberapa tempat di Malaysia dengan hanya berbasikal pada 7 Disember tahun 1989 merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan bersama dua sahabat baik iaitu Najmuddin Muhammad yang dikenali sebagai 'Udean' dan juga Khairul Azmi iaitu 'Mie Blass'. Pelbagai pahit manis mereka lalui untuk menyudahkan misi penggembaraan jelajah tersebut. Namun begitu, pasti ramai netizen akan tertarik dengan membaca kesemua pengalaman penggembaraannya yang dikongsi Amir Farid. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 minggu itu pasti memberi kepuasan dan satu memori yang sangat berharga. Tidak dapat dinafikan, pasti ada dugaan dan rintangan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan tersebut. Agak-agak apa yang menarik dikongsi oleh Amir Farid dalam mengcungkil kenangan 26 tahun lalu? Kehebatan pengalaman penggembaraan tiga pemuda ini telahpun dilakukan oleh enam sahabat yang mengelilingi Langkawi dengan berbasikal juga. Penulis nak tabik springlah bila pengalaman ‘adventure’ saudara Amir Farid ini patut menjadi contoh buat anak muda hari ini. - CARI Infonet
|
14
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT