Oleh : TS LOO
Sebagai persediaan sebelum berkahwin dengan tunangnya, James Packer, penyanyi terkenal, Mariah Carey kini sedang bersungguh-sungguh untuk mengurangkan berat badannya. Menurut laporan Female First, Mariah mengamalkan diet ketat dengan hanya mengambil protein iaitu ikan dalam menunya. "Mariah hanya mengambil tiga jenis ikan dalam dietnya iaitu salmon ketika sarapan, ikan sebelah (tengah hari) dan tuna (malam)."
"Dia memang bersungguh-sungguh untuk mengurangkan berat badan meskipun kini dia dikelilingi oleh makanan kerana sedang mengadakan konsert jelajah di Eropah dan Afrika," kata sumber. Selain ikan, dilaporkan juga Mariah turut mengambil buah-buahan dalam dietnya tetapi dalam kuantiti kecil. Akan tetapi, bakal suaminya, James dikatakan tidak mahu kekasihnya itu menurunkan berat badan terlalu ekstrem kerana menerima Mariah yang seadanya. Semenjak melahirkan anak kembarnya, Monroe dan Morrocan yang kini berusia lima tahun, penyanyi lagu Hero itu sentiasa bergelut dengan berat badannya.- CARI Infonet sumber : mstar |
29
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saladin780 replied at 5-5-2016 05:14 PM
mudah2 an mendapat kembali potongan badan mcm dlm vc My All
babydoll replied at 8-5-2016 02:30 PM
jauh sgt trobek nye tu bang din
tp dlm mv tu mmg hot da bomb tebabom sgt!
saladin780 replied at 8-5-2016 08:12 PM
Hot sangat khennn.. X perlu membuak2 bak melon mcm skrg
ADVERTISEMENT