CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat Bangla di tangkap tidak puasa

19-7-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6631| Komen: 57

Kota Bharu: Seorang lelaki warga Bangladesh beragama Islam menggeletar dan pucat lesi selepas dicekup ketika makan dan minum serta menghisap rokok di sebuah kedai makan milik bukan Islam di kawasan perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dalam satu operasi khas.

Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) MPKB-BRI Ramly Che Hussain berkata, lelaki itu mungkin cuba menyamar sebagai bukan Islam kerana rupanya yang sama dengan warga asing bukan Islam yang turut makan dan minum di situ.

Katanya, selain cuba menyamar, lelaki itu turut mendakwa cedera di bahagian ibu jari kaki sehingga tidak boleh berpuasa.

  “Lelaki itu sebenarnya cuba memberi pelbagai alasan bagi mengelak ditahan selepas identiti sebenarnya terbongkar termasuk meminta ampun daripada penguat kuasa supaya dirinya dilepaskan.

  “Bagaimanapun, tindakannya gagal mempengaruhi anggota penguat kuasa yang kemudiannya menahan dan membawanya pulang ke Kompleks Islam Darul Naim di Lundang, di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Ramly, sebelum itu beberapa lelaki beragama Islam melarikan diri selepas dipercayai membeli nasi di kedai makan bukan Islam berdekatan Jalan Merbau, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsrezza 19-7-2013 07:30 AM
macam mane bangla ni leh sesat ke kelate?...huh?..
Quote mitnick 19-7-2013 07:34 AM
camne diorg check agama mat2 bangla tue?
Quote DeMax 19-7-2013 07:57 AM
mrsrezza posted on 19-7-2013 07:30 AM
macam mane bangla ni leh sesat ke kelate?...huh?..

Bangla caprut ni
Quote gaara_X 19-7-2013 07:58 AM
kan dah kena....main negeri ore ikut laa law negeri....
Quote mute 19-7-2013 08:51 AM
gaara_X posted on 19-7-2013 07:58 AM
kan dah kena....main negeri ore ikut laa law negeri....

die lupe la tu...bangladesh belom masuk waktu pose lagi kot...

Quote Acong 19-7-2013 09:49 AM
bangla tu musafir kot........
Quote berusjamban 19-7-2013 09:56 AM
last year kat kawasan kilang di bangi pun ada jgk melayu jantan moslem yg dok mkn tgh hari kat sebuah gerai makcik ni...sselamber je...tau lah kawasan tu secluded sikit...
Quote mrsrezza 19-7-2013 10:52 AM
berusjamban posted on 19-7-2013 09:56 AM
last year kat kawasan kilang di bangi pun ada jgk melayu jantan moslem yg dok mkn tgh hari kat sebua ...

last 2 yr kat carefour wangsa maju...3 dak melayu x posa slumber badak makan aiskrim mcd kat khalyak, sekali anka buah aku yg umor 5 thn jerit kuat2 cakap, eh abg2 tu x posa..haha mencirit lari sbb malu...
Quote dzaraa 19-7-2013 11:06 AM
hmmm apa kena mengena sakit kaki dan pose...hu3...alasan yang tak boleh belahhh..
Quote Nash^Roy 19-7-2013 11:20 AM
maybe bangla tu terikut2 melayu sini yg tak pose pastu makan time tghari ..
Quote lizaliza 19-7-2013 11:24 AM
bangla ni semua islam ke...aku tengok kot rumah aku selamba pakat bawak bekal pegi kerja...
Quote batman_2007 19-7-2013 11:37 AM
Klu mlas nk posa,
Mkn kat rumah apa salahnya kan..

Ni mmg cri nahas lah mkn in public regardless ko cina muslim, bangla pun..
Quote rospinki 19-7-2013 11:43 AM
mrsrezza posted on 19-7-2013 07:30 AM
macam mane bangla ni leh sesat ke kelate?...huh?..

kat antartika pun diorg le sampai..besepah merata






takle imajin diorg lari lintang pukang menyelamatkan diri, tau takut.


Quote mrsrezza 19-7-2013 11:47 AM
rospinki posted on 19-7-2013 11:43 AM
kat antartika pun diorg le sampai..besepah merata

kak ros heran sebab kat kelantan hanya ada ummah melayu...x de pendatang mahupun jawa
Quote mak_wa95 20-7-2013 07:34 AM
dengan manusia tahu  takut....dengan Allah.......
Quote Decaffeinated 20-7-2013 09:37 AM
dorang kerja berat tengah panas tak wajib puasa.

yg salah makan di halayak ramai ada yg jeles...

soalan naif, undang2 syariah ni terpakai utk warga asing jugak ka?

Quote peYno 20-7-2013 11:00 AM
mrsrezza posted on 19-7-2013 07:30 AM
macam mane bangla ni leh sesat ke kelate?...huh?..

caprut tak pernah pi oberc mmg camtu.. pemikiran level domestic je... hanya tau sekitar tempat tingal je...org oberc kata makan ni terbaik.. dia level caprut kat kedaimni jenterbaik


Quote noor2 20-7-2013 11:02 AM
kalau perempuan makan kat kfc atau mekdi ke...boleh tak?


Last edited by noor2 on 20-7-2013 11:03 AM

Quote peYno 20-7-2013 11:02 AM
mrsrezza posted on 19-7-2013 11:47 AM
kak ros heran sebab kat kelantan hanya ada ummah melayu...x de pendatang mahupun jawa

sebab ramai jawamjawantak pernah keluar dari kepompong mereka hanyaningat bangla hanyanramai kat negerimdia je... org kat penang selangor dah lama terima kehadiran org luar... selamba je.. diamjakun tgk org luar dtg negeri dia.. pemikiran tertutup bahana x pernah pi oberc

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048491 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top