Bayi patah tulang paha didera pengasuh KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan patah tulang paha kanan selepas dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya, dalam kejadian di Kampung Biji Surau, Teluk Menara, Manir, di sini. Menurut sumber, kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 37 tahun selepas mendapati kaki anak bongsu daripada lima beradik itu tidak bergerak semasa mahu menukar lampin mangsa, kira-kira jam 12 tengah malam, 8 Julai lalu. “Sebelum itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai guru baru selesai menyusukannya dan mahu menukar lampin. “Bagaimanapun, ibu mangsa mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada kaki anaknya itu apabila langsung tidak bergerak dan tidak memberi sebarang respons semasa cuba mengangkat kaki bayi berkenaan,” katanya, semalam. Katanya lagi, bayi terbabit menangis tidak berhenti sebaik sahaja kakinya diangkat menyebabkan ibunya panik dan segera menghantarnya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ), dengan ditemani suami. “Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan tulang paha kaki kanan mangsa patah disyaki didera,” katanya. Susulan itu, doktor yang merawat mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.10 petang, Isnin lalu selepas mengesyaki mangsa didera. Sumber berkata, hasil siasatan awal, ibu bapa mangsa mendakwa menghantar anak mereka ke rumah pengasuh seperti biasa tetapi langsung tidak dimaklumkan apa-apa insiden berlaku ke atas bayi berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dilakukan.
|
pakwetizzaqyah posted on 18-7-2013 07:37 PM
mcm2 hal tengganu ni..ni pengasuh dia ni spesis caprut ataupun separa caprut yang tk mo ngaku caprut ...
solstice posted on 18-7-2013 09:13 PM
MungKIN caprut yg cuba menyamar melayu tulen dgn mengguna pakai nama melayu seperti normala & seba ...
shernazz posted on 18-7-2013 07:58 PM
umur 6 bulan tu der...
alahai...
tu pasal aku sanggup brenti keje..
icha1905 posted on 19-7-2013 06:17 PM
Aku slalu rasa nk benti keje. Bg aku tips sket cmne ko bole decide benti keje..nk carik kekuatan n ...
ADVERTISEMENT