oleh Adib Za
Bukan semua orang yang sanggup untuk bekerja sebagai tukang angkut sampah, bukan begitu? Maklumlah ia bukan sahaja kotor malah dianggap sebagai kerja orang yang tak berpelajaran. Namun, berbeza dengan netizen ini. Dia menceritakan bagaimana dia dan rakan-rakannya juga dari Malaysia bekerja sebagai tukang angkut sampah di Jepun. Jadi, apa yang bagusnya dan seronok sangat dengan pekerjaan mereka ini? Menurut netizen yang bernama Ahmad Zul ini, gaji yang ditawarkan memang sangat lumayan iaitu sekitar 10,000 yen yang bersamaan RM400 sehari. Bayangkan jika sebulan berapakah pendapat yang mereka boleh dapati? Namun, bukan perihal gaji semata-mata.
Jika di sesetengah tempat pekerja angkut sampah ini dipandang rendah, namun di negara Jepun mereka ini dianggap sebagai hero. Logiknya, bukan semua orang sanggup melakukan kerja sedemikian dan membersihkan kawasan kejiranan. Bukankah ia satu pekerjaan yang sangat mulia? "Seronok. Lalu depan tadika. "Cikgu panggil semua anak murid keluar, bagi sokongan tepuk tangan sorak-sorak. "Imagine la budak comel kecil-kecil jerit, Gambatte kudasaaai" Sikap dan sokongan yang ditunjukkan di kalangan masyarakat inilah antara yang perlu diterapkan oleh semua orang, terutama mereka di Malaysia ini. Ya, mungkin gaji bagi pengangkut sampah di sini masih belum dapat menandingi mereka yang berada di Jepun, namun sikap yang benci buat kekotoran di tempat awam masih boleh diperbaiki, kan. Penulis setuju dengan kata-kata netizen ini, "kalau tak mampu menyumbang pada agama, jangan jadi penganut yang mencalit kekotoran." - CARI Infonet |
42
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 11-5-2016 04:09 PM
Itu le bezanya orang2 diluar negara dengan dalam negara. Diluar negara anak2 tak diajar untuk mengh ...
EvieWanKenobi replied at 11-5-2016 06:55 PM
kalau gaji RM400/sehari, saya pun nak..
eenhemo2 replied at 11-5-2016 04:51 PM
Kalau kat mesia, een tgok msg2 tutup hidung bila lalu kat lori sampah. Kalau xdk pengangkut sampah, ...
tagas replied at 11-5-2016 10:50 PM
Kalo kat mesia pekerja2 alam flora ke swm
yg kutip sapu sampah tepi jln tu di pandang
ADVERTISEMENT