CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Henti Segera Tabiat Main Gajet atau Baca Buku Semasa Berak

11-5-2016 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9923| Komen: 6


Oleh : Dean BZ


Zaman ini, ramai yang sukar berpisah dengan gajet/telefon bimbit. Kemana sahaja berada pasti disitu ada gajet.  Tabiat ini dilihat semakin menjadi-jadi hingga saat "menunaikan hajat" ditandas juga ada yang membawa gajet.

Kebanyakan lelaki lah paling gemar membawa gajet ke tandas mungkin kerana ada perkara yang boleh dilakukan dikala kebosanan menunggu "urusan" selesai. Bukan tak ada perempuan yang gemar bawa telefon bimbit atau baca novel ketika membuang air besar, cuma mungkin peratusannya lebih rendah berbanding lelaki. Mungkin lah kot!


Jangan pandang ringan tabiat ini, mungkin dilihat tiada salahnya namun sebaliknya ia juga merbahayakan kesihatan.

Memetik dari laporan Mirror, membaca buku atau "main telefon bimbit" disaat berak akan menyebabkan kuman lebih cepat tersebar kepada anda.

"Ketika anda "flush toilet", air kencing, air tahi dan kuman akan terpercik hingga 6 kaki ke pelbagai arah (mungkin tak nampak)," kata seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba.

Sementara itu untuk yang suka membaca buku ketika berak, pakar kesihatan dari Bnai Zion Medical Centre, Ron Shaoul, mengatakan perbuatan tersebut mendatangkan risiko lain selain terdedah kepada kuman.

"Orang-orang yang berak sambil membaca buku cenderung menghabiskan waktu di tandas lebih lama dibandingkan tanpa membaca buku. Akibatnya mereka banyak mengalami haemorrhoid atau ambeien," katanya.


Jadi brader-brader sekalian, jika anda tergolong dalam golongan diatas cepat-cepatlah hentikan perbuatan itu. Mungkin kesannya tidak terlalu drastik tetapi secara logiknya punca utama penyakit berpunca dari kuman. 

Risiko untuk mendapat kuman akan lebih rendah jika tidak bermain gajet atau membaca buku di tandas. Ya lah, selepas berak boleh cuci tangan dengan pencuci tetapi telefon bimbit dan buku nak cuci pakai apa pula? Semoga bermanfaat. - CARI Infonet.


16

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 13-5-2016 04:07 PM
bosan lah. kne cari ilham
Quote AYAKAISHI_AYASY 14-5-2016 08:59 PM
Tapi bosan
Quote darthery 20-5-2016 03:06 PM
adeh... xbest x baca buku sambil memerot
Quote Emperor95 20-5-2016 04:37 PM
tiada tabiat seperti itu pun
Quote mbhcsf 21-5-2016 02:01 AM
adab bawa benda yg dihormati seperti buku dalam toilet ni bagus ke?

tapi betul, tangan tu kena cuci bebetul selepas qada ' hajat.

dan amalkan tabiat  bawa tissue toilet , kena lap area tu - untuk keringkan.

toilet kat malaysia tak ada sangat nak sediakan tissue.

Quote ash_91 21-5-2016 01:05 PM
mcm mna korang boleh baca buku time memerut ?

seriuss, aku nk fokus melepaskan hajat pun struggle, nk baca buku lg la takkk
HAHAHAHAH

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.087446 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top