oleh Adib Za Teh hijau memang diketahui sangat baik untuk kesihatan dan terkenal di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Ia juga mampu mencegah penyakit kardiovaskular, membakar lemak, melawan kanser dan sebagainya. Namun bukan semua orang dapat menerima rasanya. Teh hijau memang tak sesedap teh lain kerana ia kelat dan juga rasa yang hambar. Tapi jangan risau jika anda sukar nak telan teh hijau, di bawah ini merupakan alternatif lain yang anda boleh cuba ya! 1. Teh oolong Ia memiliki manfaat kesihatan seperti teh hijau dan juga teh hitam. Teh oolong mempunyai antioksidan yang tinggi seperti teh hijau dan juga mengandungi kafein seperti teh hitam.
Ia meningkatkan metabolisme badan dan membantu menurunkan berat badan. 2. Teh putih Teh mengandungi kafein paling rendah berbanding teh lain. Ia tinggi antioksidan yang membantu melawan kanser, penyakit kardiovaskular dan mencegah diabetes. 3. Teh bunga raya Ia sangat baik buat anda yang mempunyai darah tinggi. Digalakkan minum tiga cawan teh ini setiap hari untuk menurunkan darah. Sekaligus dapat mengurangkan risiko strok dan juga serangan jantung. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT