CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sayang Bini! Suami Halang Peminat Bergambar Dengan Adira?

13-5-2016 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17580| Komen: 90

Oleh Izzah Abbasy

Bagai menaikkan semula nama Adira Suhaimi yang baru-baru ini telah merangkul kemenangan trofi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2015).

Namun disebalik kegembiraan itu, ada desas desus mengatakan suami, Datuk Seri Adenan Abu tidak membenarkan peminat bergambar dengan isterinya.

“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat.

Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, dengan saya kelaparan. Suami juga bercakap dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Hal ini tercetus berikutan ada sesetengah peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka menerusi laman sosial kerana tidak dapat bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka yang menang pada malam itu.

Dikhabarkan, suami Adira bertindak menghalang peminat dari menyerbu untuk mengambil gambar bersama.

Pada masa yang sama, Adira turut memohom maaf jika sekiranya kejadian itu membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati atau kecewa dengan tindakan suaminya yang hanya kasihan melihatnya yang kepenatan. - CARI Infonet




1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajuliana 13-5-2016 10:29 AM
pape jelah ko dik...
Quote jalfa 13-5-2016 10:32 AM
sakainya peminat
Quote bdkmedic 13-5-2016 10:33 AM
dato k pun xbuat cmnie..kalu ct kena serbu pun masa fans nak bergambar..senyum nyer dato k tgk kt tepi..
Quote watachiwa 13-5-2016 10:33 AM
yg hadap sgt dgn retis tu kenape?
ntah ko x hajak laki dia gambor skali.. tu kecik ati tuh org tua tu
Quote fifie_olin 13-5-2016 10:36 AM
sape x syg bini
Quote ajuliana 13-5-2016 10:40 AM
laki jeles x de sapa nk hajak dia join sekali.. kikiki
Quote maxim 13-5-2016 10:45 AM
bdkmedic replied at 13-5-2016 10:33 AM
dato k pun xbuat cmnie..kalu ct kena serbu pun masa fans nak bergambar..senyum nyer dato k tgk kt te ...

Siap hilite lg dalam artikel.. Dah sejam kot die bergambar ngan peminat. Plak tu adira tgh lapar. Tlg la paham skit. Sakai btol peminat..pastu nk terasa2 lak
Quote maxim 13-5-2016 10:48 AM
Aritu tgk dalang prank si adira ni kene prank ngan faizul..baik gile adira ni melayan je makcik tu ajak berjoget
Quote vionna007 13-5-2016 10:54 AM
lerrrr......kemaruk sgt nak amik gambar dgn retis....
Quote mongoose_kidz 13-5-2016 10:57 AM
ala...kan ade yg kata dia tgh pregnnt
prmpuan prgnnt mmg x elok diri lama2
Quote mesmerize 13-5-2016 11:03 AM
sheols pregnant kot
nampak suaminya beria-ia teman sampai ke tangga stage masa nak amik award tu
tak bole salahkan juga suami dia overprotective..
kan dulu penah keguguran .. takmau la terjadi lagi
agaknya la
Quote artcrime 13-5-2016 11:03 AM
maxim replied at 13-5-2016 10:48 AM
Aritu tgk dalang prank si adira ni kene prank ngan faizul..baik gile adira ni melayan je makcik tu a ...

peminat tak tau kot.. cuba bersangka baik..

kalau lapar lain kali gantung tag kat leher.. "SAYA LAPAR"
Quote aderaderker 13-5-2016 11:07 AM
Jenis tak reti bahasa mmg camtu..
Tak paham retis tengah pregnant ke, tengah lapar, nak terberak semua..

Quote maxim 13-5-2016 11:09 AM
artcrime replied at 13-5-2016 11:03 AM
peminat tak tau kot.. cuba bersangka baik..

kalau lapar lain kali gantung tag kat leher.. "S ...

Ya terpaksa wat benda bodow utk peminat sakai. Guna common sense lah
Quote artcrime 13-5-2016 11:13 AM
maxim replied at 13-5-2016 11:09 AM
Ya terpaksa wat benda bodow utk peminat sakai. Guna common sense lah

kau rasa2 aku tgh lapar ke tgh kembung minum air perrier?

lol.
Quote budakpink 13-5-2016 11:25 AM
Kdg2 rasa mcm laki die ni syg adira lebih.isteri tua pun muda lg manis lak tu ank kecik2 lg tapi kawen no 2.laki zmn skrg ni pelik2.
Quote ladybird_ 13-5-2016 11:26 AM
budakpink replied at 13-5-2016 11:25 AM
Kdg2 rasa mcm laki die ni syg adira lebih.isteri tua pun muda lg manis lak tu ank kecik2 lg tapi kaw ...

tgk masa nak amik award abpbh aritu pun dah blh tau..hntar smpai ke tangga okes
Quote maxim 13-5-2016 11:28 AM
budakpink replied at 13-5-2016 11:25 AM
Kdg2 rasa mcm laki die ni syg adira lebih.isteri tua pun muda lg manis lak tu ank kecik2 lg tapi kaw ...

Tu lah..aritu kt abpbh pn kamera asik dok fokus kt dorg. Adira dok meliuk lentuk kt laki die..apa la prasaan bini 1st
Quote ladybird_ 13-5-2016 11:32 AM
maxim replied at 13-5-2016 11:28 AM
Tu lah..aritu kt abpbh pn kamera asik dok fokus kt dorg. Adira dok meliuk lentuk kt laki die..apa  ...

peluk sakan okes..macam xpuas peluk..pelik ahhh

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top