CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Vakum Paling Mahal Di Dunia, Lagi Mahal Dari Kereta Lamborghini

13-5-2016 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7917| Komen: 17


Oleh : Dean BZ



Penyedut habuk dan sampah-sampah kecil dirumah pun ada yang mencecah jutaan Ringgit. Itu kedengaran sesuatu yang "gila" bukan?


Ini bukanlah kisah dogeng kerana terdapat seratus unit vakum yang bersalut emas 24 karat telah dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari Amerika Syarikat, GoVacuum.


Pembersih vakum termahal di dunia yang berharga RM3.15 juta (1 juta US Dollar) ini dihasilkan eksklusif khusus untuk orang kaya di seluruh dunia.

Setiap unit didatangkan dengan nombor siri dan sijil pengesahan keaslian. Jangan main-main.

Menurut laman web GoVacuum, mereka menyatakan bahawa pembersih vakum ini direka untuk beberapa individu terpilih berkemampuan dan bahawa status dan nilai eksklusif memiliki pembersih vakum seperti ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit. 

Fikir-fikir balik apalah guna beli vakum hingga jutaan Ringgit tapi buat sedut sampah je. Tapi itulah "mainan" orang-orang kaya, duit dah tak tahu nak labur ke mana lagi kan. - CARI Infonet.










Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 13-5-2016 04:49 PM
harga juta2 untuk sedut sampah ja....
Quote zamzarai 13-5-2016 04:55 PM
apa benda pon kalau salut dengan emas mestila jadi mahal
Quote batmana 13-5-2016 05:01 PM
tu bru vakum, ada yg mangkuk tandas pn salut emas,
dh kaya sgt..duit dia..lantakle..
Quote dubuk 13-5-2016 05:07 PM
ingatkan vakum sebesar pesawat terbesar dunia tadi

senang sedut semua
Quote AMDTurion 13-5-2016 05:26 PM
pe daaa.....sedut
Quote EvieWanKenobi 13-5-2016 05:58 PM
takdenya orang kaya nak vakum..
semua bibik yang buat..
Quote saladin780 13-5-2016 06:58 PM
lagi best kalu vacuum tu pandai bangun bergerak buat keje2 rumah sendiri
Quote EvieWanKenobi 13-5-2016 09:11 PM
@Aiira

mungkin juga.. kalau dah dasar kaki songlap..
Quote Rainrein 13-5-2016 09:27 PM
Ala bagi orang kaya yang duit da x tau nak buat apa its nothing bagi dorang.

Tapi biasa sangat design nye. Harapkan salut emas je.
Quote MeetJoeFly 14-5-2016 12:45 AM
Deng... Fungsi sedut sampah jugak kan... Kalu sedut dosa ke...sedut lemak ke, atau sedut jodoh ke... Nampaklah jgak lainnya... Sekadar sedut sampah, memang sampah je lahh.... Hahaha
Quote red_cattleya 14-5-2016 09:37 AM
sedut habis duit..takpe benda neh pelaburan..kang takde duit jual lah
Quote orenmango 14-5-2016 02:19 PM
Mohon bagi duit kat orphanage mana2 atau kat homeless people... lagi bagus
Quote delisha09 14-5-2016 08:27 PM
ala mahal2 pn sedut debu jugak bkn sedut emas
Quote Lagubestbest 14-5-2016 08:53 PM
batmana replied at 13-5-2016 05:01 PM
tu bru vakum, ada yg mangkuk tandas pn salut emas,
dh kaya sgt..duit dia..lantakle..

Mangkuk tandas LV
Quote Artemesiaa 15-5-2016 12:08 AM
Orang yang dah tak tahu nak buat apa dengan duit yang tinggi mengunung reta tujuh keturunan tak habis makan je yang suka beli benda2 macam ni
Quote babynina30 15-5-2016 12:13 AM
Mahal btoii
Quote FARRAZOOL 17-5-2016 10:49 AM
salah satu vacum ni utk tok jib

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069013 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top