CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Membuat Laporan Polis Akibat Makan Durian Di Gerai??

16-5-2016 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13531| Komen: 39



Oleh : TS LOO


Musim Makan durian kembali lagi! Tapi pernah anda terfikir akibat makan durian, tuan punya gerai dan pelanggan kedua-duanya membuat laporan polis, apa sudah terjadi? 




Kisahnya, Sabtu lalu netizen bernama Candy bersama kawannya menjamu selera durian di Petaling Jaya SS2, tanpa disangka ketika membuat bayaran mendapati resitnya tertulis jumlah bayaran durian yang dimakan bernilai RM180. 


Justeru itu, Candy pun meluahkan ketidakpuasannya di akaun Facebook peribadinya yang berbunyi: " Tiga biji durian bersaiz kecil yang sedikit pun tidak sedap dan juga bukan merupakan durian jenis Musang King!"



Status pendek tersebut segera menarik perhatian dan menimbulkan pertikaian di kalangan netizen. Candy beranggapan respond yang diterima amat luar biasa termasuk ada pihak yang menyifatkan gerai tersebut sebagai gerai haram.



Beberapa hari kemudian, taukeh gerai terbabit memberi komen di akaun Facebook Candy dan meminta Candy menonton paparan video rakaman CCTV yang dimuatnaikkan di akaun Facebook taukeh itu sendiri. 



Jelas taukeh itu, paparan video jelas menunjukan pengadu Candy ketika itu memang makan 5 biji durian dan bukan 3 biji. 

Durian tersebut berharga RM30 setiap sekilo dan 5 biji durian beratnya berjumlah 6 kilo, jadi jumlah harganya adalah RM180.



Loading FB Video...


Ada pihak berpendapat melalui paparan video itu kelihatan durian yang telah dibelah dua masing-masing dipegang oleh kedua belah tangan Candy, jadi macam mana boleh kata terdapat dua biji durian?

Kawan kepada pengadu turut kata: " visual pada CCTV sebenarnya hanya tunjuk sebiji durian dibuka, masih nak kata dua biji. Semasa membayar, juruwang pun juga bertindak mengesahkan bahawa memang benar kami makan 3 biji, apa yang taukeh itu nak pertikaikan lagi? " 

Selain itu kawan tersebut juga bukan sahaja minta taukeh terbabit memaparkan secara terbuka keseluruhan visual rakaman video CCTV itu, termasuk visual ketika mereka membuat bayaran, kalau tidak mereka akan membuat laporan polis. 

Namun demikian, terdapat juga ramai netizen yang menyokong taukeh berkenaan, dengan mengatakan paparan visual rakaman CCTV memang jelas menunjukkan pengadu dan kawannya telah makan 5 biji durian tapi sebaliknya mereka masih tetap nak menyalahkan taukeh itu. 

Ada netizen berpendapat sebenarnya pengadu itu hanya ingin menjadi popular di media sosial.



Sebelum pengadu masih belum membuat laporan polis, taukeh durian itu sudah menyatakan dalam status yang dimuatnaikkan bahawa laporan polis telah dibuat, dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.

"Kalau pelanggan terbabit tidak puas hati dengan durian yang dimakannya itu berharga RM180, boleh datang ke gerai saya bila-bila masa, saya sedia memberi penjelasan, terima kasih"



Kemudian, pengadu bersama kawannya membuat laporan polis pada pagi Khamis lalu, menyatakan paparan video rakaman CCTV secara terbuka oleh taukeh gerai durian itu di laman facebook menyebabkan mereka rasa keselamatan terancam.

Pada Khamis malam taukeh gerai durian sekali lagi memaparkan video rakaman CCTV dan kali ini visualnya lebih jelas. Tegasnya, diharapkan menerusi paparan video rakaman CCTV boleh membersihkan namamya dan maruah dirinya yang tercemar.

"Kebersihan nama kedai dan peribadi bagi seseorang peniaga amat penting."



Loading FB Video...


Secara kesimpulan, resit durian jelas tertera berharga RM180, biarpun tidak menyatakan berapa kilo beratnya, apa masalah pula tentang bilangan durian yang dimakan?

Pertubuhan Pengguna Standard Malaysia yang dihubungi mengatakan oleh kerana durian bukan merupakan barangan kawalan harga dan kerajaan pun tidak pernah menetapkan harga durian. 

Maka penjual durian yang berlainan akan meletakkan harga dengan cara pengiraan yang berbeza seperti kilogram atau unit lain, jadi dalam resit terus menyatakan harga durian bernilai RM180 adalah tidak menjadi masalah pun.

Tambah pertubuhan itu lagi, kalau penjual durian itu telah dengan jelas memaklumkan pelanggannya bahawa berapa kilo durian sudah dimakan oleh mereka, berapa biji dan harganya, termasuk bukti yang ditunjukkan pada visual rakaman CCTV. 

Dalam situasi sebegitu, peratusan pengguna atau pelanggan untuk berjaya membuat dakwaan adalah amat rendah.- CARI Infonet



18

Bagus
16

Marah
29

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 16-5-2016 12:44 PM
lain kali kira betul2 makan berapa biji..
Quote cucuq 16-5-2016 12:48 PM
Skang musim durian mahal la apek..aritu cucuq tanya orang jual durian palong murah durian tu sekilo rm20 so durian tu beso paling kecik pown dalam dua kilo lebih..so percaya jer harga durian tu gitu....takkan 180 apek berkita kot huhu..
Quote krustykrab 16-5-2016 12:51 PM
dah makan sampai kulit2 sekali pastu viral pulak
Quote dino 16-5-2016 12:56 PM
prettyuglybabe replied at 16-5-2016 12:53 PM
ingatkan durian kampung..
rupanya udang merah..
bukan sekampung dengan musang ke udang ni..

aku beli yg paket tu je.... dua pek dpt la rm35
ade satu pek kat jusco ni.... rm58 D99 katanya... first time dgr gred tu....  tp mcm mahal bebenor... makan je la yg biasa tu.... satu pek rm20
Quote prettyuglybabe 16-5-2016 12:56 PM
ingatkan durian kampung..
rupanya udang merah..
bukan sekampung dengan musang ke udang ni..
lagi pun sekarang bukan musim durian kot..
mana-mana pun memang mahal.. dasar kedekut..
bukan main beria nak kualiti tapi nak yang murah..
anyway, kalau makan kat situ, durian tak sedap mintak la tukar..
apa ke bodoh benar..
Quote prettyuglybabe 16-5-2016 12:57 PM
dino replied at 16-5-2016 12:56 PM
aku beli yg paket tu je.... dua pek dpt la rm35
ade satu pek kat jusco ni.... rm58 D99 katanya ...

aku tengah gigih bersabar tunggu musim durian..
nak beli durian buat tempoyak
Quote epis 16-5-2016 01:00 PM
sedapnya durian~~         
Quote CrowneGlory 16-5-2016 01:01 PM
len kali kalau dh agak2 sengkek tu xyah sibuk masuk tmpt2 yg tau bakalan kena sembelih... sama la mcm kes2 lain
Quote alieyrina 16-5-2016 01:16 PM
Aahh sudah..gaduh pulak..lenkali bayar siap2 la baru makan...
Quote missinpiece 16-5-2016 01:21 PM
Gigih nk mkn durian, kene cas mahal bising
Quote red_cattleya 16-5-2016 01:26 PM
mmg sekarang tgh mahal lagi kot
Quote Themilo 16-5-2016 01:50 PM
prettyuglybabe replied at 16-5-2016 04:57 AM
aku tengah gigih bersabar tunggu musim durian..
nak beli durian buat tempoyak

buat tempoyak just pakai durian kampung jaa sis..
Quote prettyuglybabe 16-5-2016 01:51 PM
Themilo replied at 16-5-2016 01:50 PM
buat tempoyak just pakai durian kampung jaa sis..

yup.. tengah tunggu musim la ni..
nak beli yang murah selonggok-selonggok tu jah..
Quote lasagnaklcc 16-5-2016 01:52 PM
Tak paham. Sendiri mkn takkan tak sedar bape   biji durian korg lahap?
Quote anakmak 16-5-2016 02:12 PM
Smlm beli durian bukit
Katanya nama diberi bantal emas
Sekilo 25 hengget
Sebijik 3.9kg
Try sebijik ada lebihkurang 12 ulas tapi x sesedap musang king

Mmg tgh mahal
Tp kalau dh sanggup melantak heheh sanggup ler membayauuunyerrrr
Quote chinta89 16-5-2016 02:13 PM
ketawa je yg mampu..
Quote MariaClara 16-5-2016 02:52 PM
kesiannnnnnnn
Quote makkenits 16-5-2016 03:20 PM
x heran dgn harga mcm tu kalo mkn kat kedai mcm ni... normal la sbb kualiti buah durian bbeza dr durian longgok... semalam, aku beli sebiji je dah rm35.. tu saiz kecik.. x tau la bos aku bayar brp ratus utk durian yg kitorg mkn 5 org tu..dah la buah besar2 n kualiti mmg besttttt...
Quote MissVixen 16-5-2016 04:18 PM
air kelapa pandan sebiji rm15? gilooo.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.138127 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top