Oleh : TS LOO Entah kenapa sejak kebelakangan ini, semakin banyak penemuan makhluk-makhluk pelik seperti udang galah spesis terbaru di Marang, Terengganu dan blobfish di Tasmania, Australia serta haiwan seperti anjing tapi bukan anjing dijumpai di padang pasir berhampiran Arab.
Ada pihak menyifatkan kemunculan maklum pelik adalah berikutan berlakunya perubahan cuaca dan pergerakan struktur bumi yang ketara sekaligus mengganggu penempatan makluk-makluk berkenaan. Terbaru, seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan Wilayah Zhejiang, China, terjumpa seekor haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti haiwan kacukan antara ikan lumba-lumba dan buaya.
Paparan rakaman video oleh nelayan terbabit menyaksikan haiwan tersebut kelihatan jinak dan tidak bersifat bahaya, setakat ini masih tidak ada pihak yang sah mengetahui apa sebenarnya spesisi haiwan itu. Video berdurasi 1 minit 12 saat itu menarik perhatian sebuah jurnal sains di negara itu setelah ianya tersebar secara meluas dan menjadi viral. Berdasarkan bentuk sifat fizikal, pakar kaji haiwan laut merumuskan ianya berkemungkinan besar spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya. Difahamkan ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat. Bagaimana pun, setakat ini masih belum ada mana-mana pihak yang dapat mengesahkan nama spesis sebenar haiwan pelik itu.- CARI Infonet sumber info : http://shanghaiist.com/ |
12
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 18-5-2016 06:49 PM
itulah bumba....
ADVERTISEMENT