CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jampi Serapah! Video Peniaga Meludah Pada Durian Jadi Viral

19-5-2016 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12686| Komen: 114

Oleh Izzah Abbasy



Video pekerja yang didakwa meludah pek buah berkenaan menjadi viral di laman sosial. Polis Diraja Malaysia akan memanggil peniaga durian untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tindakan akan diambil jika terdapat kesalahan dilakukan.



"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya.

Rakaman video itu viral petang semalam apabila kelihatan lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak didakwa seolah-olah meludah durian yang sedang dibungkus.



Difahamkan mereka tidak lagi berniaga disebabkan reaksi orang ramai yang marah selepas melihat rakaman itu.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu. - CARI Infonet

Kredit : Metro

25

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
13

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 19-5-2016 05:01 AM
Edited by tongkatwaran75 at 19-5-2016 05:02 AM

Khamis, 19 Mei 2016 @ 2:06 AM

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia akan memanggil peniaga durian yang video pekerjanya didakwa meludah pek buah berkenaan menjadi viral di laman sosial untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tindakan akan diambil jika terdapat kesalahan dilakukan.

"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya ketika dihubungi.

Rakaman video itu viral petang semalam apabila kelihatan lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak didakwa seolah-olah meludah durian yang sedang dibungkus.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati, gerai berkenaan sudah tidak beroperasi, difahamkan disebabkan reaksi orang ramai yang marah selepas melihat rakaman itu.


Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.

Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu.


Difahamkan satu kenyataan media mengenai perkara ini akan dibuat hari ini.

http://www.hmetro.com.my/node/138793

Quote AlienGurlz 19-5-2016 05:25 AM
Eiiiiiiii. Gelinya.
Quote tongkatwaran75 19-5-2016 05:29 AM
Edited by tongkatwaran75 at 19-5-2016 05:30 AM



Gerai sudah diserbu orang ramai !!!  Mandrem la ...apa lagi...nie mesti satu geng mandrem CI...

















Quote red_cattleya 19-5-2016 05:30 AM
betul ke? ke dia tiup2 habuk? atau dia sedang mandrem? apa pun tetap npk kotor..buatnya tiup2 terkeluar air liur..bertali pulak tu
Quote tongkatwaran75 19-5-2016 05:38 AM


" Lantak la ludah ke apa...kami tetap nak high !!! "
Quote purpledesire 19-5-2016 06:00 AM
gila pengotor..
Quote Pajeri_Nenas 19-5-2016 06:03 AM
mmm perisa tambahan
Quote FanTasyCreaTioN 19-5-2016 06:08 AM
[youtube]yb4F9rQbMeQ[/youtube]
Quote FanTasyCreaTioN 19-5-2016 06:11 AM
[youtube]KCni6IlFcbk[/youtube]
Quote Mary_jane 19-5-2016 06:27 AM
Tau lah bau durian tu menyengat dari bau ludah.
Quote TuntungReturn 19-5-2016 06:29 AM
itu yg nmpak, yg x nmpak? cm.kedai makan sayur x basuh, ayam x basuh,goreng je.
Quote Modngengade 19-5-2016 06:32 AM
Pelaris versi indon caprut sis...

Tak cayer tanya mepu5 dan h4ion
Quote dodolgemok 19-5-2016 07:02 AM
Yucks zizik sgat! Pasti ummah fefeeling kokusen yg benci durian gumbjra mendengar perkhabaran ini. Cash buat pencinta buah busuk kekdahnya
Quote dubuk 19-5-2016 07:23 AM
eeee two thirty
Quote meeza83 19-5-2016 07:28 AM
yewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
jgn pegi tpt lain pon dia buat juga sudaaah
Quote Rose1982 19-5-2016 07:29 AM
Apa motif buat gitu?
Macam haram ja perangai
Quote fifie_olin 19-5-2016 07:34 AM
sb tu aku x pernah bli yg dh siap di pek tu...
baik kopek sendri je durian tu...
pya rmi org dh rasa ayor liur beliau
Quote DayangKirana 19-5-2016 07:39 AM
fifie_olin replied at 19-5-2016 07:34 AM
sb tu aku x pernah bli yg dh siap di pek tu...
baik kopek sendri je durian tu...
pya rmi org dh ra ...

agree.. rela susah payah kopek sendiri.. ewwwgghh..geli pulak bila teringatkan org tu ludah2..


Quote Madel 19-5-2016 07:39 AM
Pelaris la tu..
Mcm kes dulu..yg acik meludah dlm air soya/taufufah

Seb baik aku tak maka  derian

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040520 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top