oleh Adib Za
Antara perkara yang sering dibahaskan di kalangan pekerja sektor swasta terutamanya ialah kerja lebih masa. Satu soalan, adakah kerja lebih masa itu menunjukkan siapa pekerja yang lebih baik atau sebaliknya? Atau ia tiada kena mengena dengan waktu bekerja? Seorang netizen telah mengupas isu panas yang nampaknya telah mendapat persetujuan ramai pengguna internet yang lain. Antara lain katanya kerja lebih masa ini boleh menunjukkan seseorang pekerja itu komited dengan kerja, namun itu adalah di mata bos. Bagaimana dengan pekerja itu sendiri? Bukankah dengan menyiapkan kerja tepat pada masanya adalah lebih baik?
Lebih masa diperlukan jika hanya ada perkara berbentuk kecemasan atau pun projek besar yang perlu disiapkan segera. Netizen yang berkongsi nukilan ini pula pernah berada di kedua-dua tempat, pekerja dan juga bos besar. Jelas katanya tekanan sebagai pekerja adalah lebih tinggi berbanding bos kerana bos hanya mengeluarkan arahan dan menantikan hasilnya. "Saya cukup suka dengan beberapa CEO, tempat lama saya bekerja dahulu kerana mereka sangat mementingkan waktu staf bersama keluarga mereka." Itu antara bait yang diungkapkan. "Saya secara peribadi tidak gemar apabila melihat staf terpaksa bekerja lebih masa. Kerana ianya secara peribadi membuatkan saya bersedih, kerana mereka tidak dapat kebebasan di dalam kehidupan.." Apa kata anda? Adakah anda setuju dengan pendapat netizen yang satu ini? Berikut merupakan antara komen para pengguna internet yang lain. Bagi penulis sendiri, bekerja lebih masa tiada salahnya kerana ia memang menunjukkan komitmen yang diberikan. Namun, bos pula tidak perlu ambil kesempatan dengan meminta pekerja terlampau sering bekerja lebih masa. Manakala, pekerja janganlah terlalu berkira dengan kerja yang lebih masa, sesekali apa salahnya kan. Memudahkan orang lain itu banyak manfaatnya, bukan begitu? Apa pun, kedua-dua pihak harus saling memahami dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam pekerjaan masing-masing. - CARI Infonet |
CrowneGlory replied at 20-5-2016 09:41 AM
org yg kena buat ot ni ada samada... mmg betul2 byk kerja, saja nk mencilok duit ot atau bad time ma ...
drivethru replied at 20-5-2016 06:15 AM
Mmg penat hari2 buat ot. Tapi bila tgk gaji hujung bulan, terubat kepenatan tu.
CrowneGlory replied at 20-5-2016 01:41 AM
org yg kena buat ot ni ada samada... mmg betul2 byk kerja, saja nk mencilok duit ot atau bad time ma ...
MeetJoeFly replied at 21-5-2016 09:04 PM
Betul aku setuju...sebab aku tgk je bdak ofis aku dtg punch masa weekend pastu lesap.... Ukup bula ...
armin replied at 22-5-2016 10:25 AM
Tak berkat gaji tipu ot.. Tu dpt anak semua tak menjadi nanti. Sama jugak kalau mengular time kerj ...
ADVERTISEMENT