CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kutuk Suami Dayus Tendang Isteri Dalam Pantang Di Kedai Dobi

20-5-2016 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 18934| Komen: 413|Original author: Syd

Oleh Izzah Abbasy

Apalah salah wanita ini apabila suami sanggup menendang isterinya yang dipercayai masih berpantang selepas melahirkan anak kedua dalam kejadian di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Hatinya tidak ubah seperti binatang. Perbuatan dayus lelaki itu bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dimuat naik ke Facebook (FB) dan menjadi viral sejak kelmarin.



Video berdurasi kira-kira seminit itu mendapat kecaman dan kutukan netizen terutama kaum wanita yang menganggap tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan dan ganas.

Dalam kejadian dipercayai berlaku antara jam 4 hingga jam 5 petang itu, difahamkan suspek berusia lingkungan 30 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan isterinya.

Kejadian itu berlaku apabila suami mangsa yang berada di depan premis membaling bakul plastik ke arahnya sebelum masuk dan menendang pinggang wanita berkenaan hingga mengakibatkan lelaki itu turut terjatuh kerana terpijak baju di atas lantai.


Selepas perbuatan kejam lelaki itu, anak mangsa datang memeluk ibunya yang sedang menahan kesakitan di bahagian pinggang.

Polis sudah bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan mengambil keterangan daripadanya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya.

Betapa sayangnya seorang isteri kepada suami apabila tidak mahu mahu polis mengapa-apakan suaminya tetapi  dengan tendangan dan perbuatan yang dilakukan di depan anak masih kecil itu adakah ia masih patut melindungi suami seperti itu?

Walaupun kejadian tersebut merupakan masalah dalaman keluarga, namun kes menganiayai dan mendera isteri adalah salah di sisi undang-undang. Harapan pihak netizen, suami wanita tersebut mendapat balasan yang setimpal. - CARI Infonet


7

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote outcast 18-5-2016 09:05 AM
gilo babi aaa jantan ni.....
harap bukan geng laki  keje vereriner tuh .. blasah isteri dalam lif
dengan alasan nk mengajar  bini  ker satu kapal ??
Quote Syd 18-5-2016 09:05 AM
[fbv]858434970934882[/fbv]
Quote aseela 18-5-2016 09:06 AM
Alhamdulillah...lelaki dambaan wanita...pasti jodoh nya lagi lebat pas wanita kat luar sana tengok clip ni
Quote dino 18-5-2016 09:06 AM

syd cite pompuan jahat takde ke... asyik cite laki je jahat......
Quote haryatie 18-5-2016 09:07 AM
bodoh pulak prempuan ni xnak wat laporan
syg benar kt laki hampehh tu
asal berlaki...mati ker xde laki
ntah2 mati kena tendang dgn laki tu jerk..
iisssshhh.. geram pulak aku
Quote Syd 18-5-2016 09:08 AM
dino replied at 18-5-2016 09:06 AM
syd cite pompuan jahat takde ke... asyik cite laki je jahat......

pempuan jahat, cer jenjalan kat bod gosip.
banyak jugak citer pasal bini retis, pasal retis pempuan etc
Quote aseela 18-5-2016 09:08 AM
dino replied at 18-5-2016 09:06 AM
syd cite pompuan jahat takde ke... asyik cite laki je jahat......

pompuan jahat coverina...lelaki jahat jujur
Quote pejol 18-5-2016 09:08 AM
jilake lah jantan itu kerna berbuat sedemikian
Quote dino 18-5-2016 09:09 AM
buat si jantan tu.... pikir la balik kesakitan bini nak beranak tu skit.....
klau masih dlm pantang lg la.....
Quote aseela 18-5-2016 09:09 AM
haryatie replied at 18-5-2016 09:07 AM
bodoh pulak prempuan ni xnak wat laporan
syg benar kt laki hampehh tu
asal berlaki...mati ker xde  ...

lebih sayang kat laki sanggup jadi punching bag
kalu tau nak kena madu..baru la inner strength akan di gunakan sekian!
Quote dino 18-5-2016 09:10 AM
Syd replied at 18-5-2016 09:08 AM
pempuan jahat, cer jenjalan kat bod gosip.
banyak jugak citer pasal bini retis, pasal retis pempu ...

ooo ok... teringat maria farida... jaga baik2 sambil tongek montot
Quote aseela 18-5-2016 09:12 AM
dino replied at 18-5-2016 09:09 AM
buat si jantan tu.... pikir la balik kesakitan bini nak beranak tu skit.....
klau masih dlm pantan ...

sakit beranak time beranak je dino
amik contoh the Duggers tu hah..berbelas..malah berpuluh hidup dan di lahirkan dari satu rahim... geng suka nya beranak..apa ada kisah

aku sure stok gini, dgn girlfren gelap sangat prihatin dan berlemah lembut...
Quote harimau76 18-5-2016 09:13 AM
elok belasah jer jantan tu ramai2...
Quote imransulaiman 18-5-2016 09:16 AM
Syd replied at 18-5-2016 09:05 AM

Video dah unavailable
Quote arffa 18-5-2016 09:17 AM
sedih tengok anak dia datang peluk lepas mak kena pukul. anak dia pun faham mak dia sakit
Quote dino 18-5-2016 09:18 AM
aseela replied at 18-5-2016 09:12 AM
sakit beranak time beranak je dino
amik contoh the Duggers tu hah..berbelas..malah berpuluh hidup ...

sblm dpt mmg berlemah lembut

Quote FanTasyCreaTioN 18-5-2016 09:18 AM
dino replied at 18-5-2016 09:09 AM
buat si jantan tu.... pikir la balik kesakitan bini nak beranak tu skit.....
klau masih dlm pantan ...
tak kira lah dalam keadaan mana sekali pun ..
sayangi isteri anda


Quote dino 18-5-2016 09:19 AM

elok je leh tgk
Quote EvieWanKenobi 18-5-2016 09:19 AM
gaduh pasal apa tu sampai kena tendang..

Lihat semua komen(413)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.295010 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top