oleh Adib Za
Sikap pemandu di kalangan rakyat negara ini ketika berada di lebuh raya sememangnya amat menyedihkan. Memandu dalam keadaan bahaya, melebihi had laju dan paling teruk memandu di lorong kecemasan. Semua ini menunjukkan betapa ceteknya kesedaran sivik di kalangan pemandu tersebut. Seorang netizen telah berkongsi sebuah kisah yang sangat mendukacitakan. Tanpa berselindung dia melabelkan pemandu yang pentingkan diri lalu di lorong kecemasan sebagai pembunuh. Ya, pembunuh! "Sesiapa yang ikut lorong kecemasan masa itu, dukacita aku nak maklumkan bahawa kalian adalah pembunuh." Satu kemalangan melibatkan penunggang motosikal telah berlaku di lebuhraya Utara Selatan, kelmarin menyaksikan kesukaran pihak ambulans tiba kerana lorong kecemasan yang digunakan penuh dengan pemandu pentingkan diri ini.
"Kemalangan (berlaku) pukul 3.30 dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat-dekat pukul 6. Semua disebabkan pembunuh-pembunuh yang tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan." "Masa ambulans sampai, mereka dan kurang respons dan semakin lemak. Sekarang di Hospital Seremban dan kami pun tak tahu apa keadaan mereka sekarang." Begitulah antara yang diluahkan oleh netizen yang sangat prihatin ini. Memang sangat menyedihkan kerana pihak ambulans boleh tiba memberikan bantuan lebih cepat jika semua pihak beri kerjasama dan juga laluan. Bagi yang sering melalui lorong kecemasan, bila lagi anda mahu sedar? Takkan nak tunggu keluarga sendiri menerima nasib yang sama? - CARI Infonet |
19
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
25
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 23-5-2016 03:04 PM
patutnya ambulance kena reinforced body...then govt beri authority utk sodok je mana2 kereta yang ik ...
Star_el replied at 23-5-2016 03:12 PM
bwahaha bagus idea ko ni! Tp jadi lmbt gakla jenuh dia nk menyodok tu
ADVERTISEMENT