Oleh : TS LOO Tahu tak? Gelak ketawa seseorang bukan sahaja dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, malah juga berjaya memecah rekod jumlah penonton yang tertinggi untuk paparan video yang disiarkan secara langsung di laman Facebook!
Apa sebenarnya keistimewaan video terbabit? Loading FB Video... Terbaru, paparan video secara langsung oleh Candace Payne, seorang ibu yang berumur 37 tahun, dengan berjudul " Kegembiraan yang amat mudah dalam kehidupan!" sememangnya mempunyai daya tarikan yang begitu luar biasa.
Pada permulaan video tersebut, Candace beritahu hari terbabit merupakan hari lahir buat dirinya dan sebenarnya dia mengambil keputusan untuk beli pakaian sukan untuk dirinya atau beli barang mainan untuk anaknya. Tetapi tanpa disangka, dia telah membeli topeng watak Star Wars iaitu Chewbacca. "Saya sama sekali bukan peminat atau fans setia Star Wars, tetapi saya tidak dapat kawal diri dan belinya." Setelah siap beli dan masuk ke dalam kereta, dia kelihatan begitu teruja berkongsi topeng yang dibelinya itu sambil keluarkan dan pasangkannya pada muka menerusi siaran secara langsung di akaun facebooknya bersama kawan. Mungkin terlalu teruja dengan penampilan wajahnya yang melucukan, Candace kelihatan ketawa terbahak-bahak tanpa henti. Akibatnya, paparan video tersebut menarik perhatian dan menyebabkan ramai netizen mula menyebarkannya secara meluas sehinggakan dalam tempoh masa sehari sahaja telah berjaya dikongsikan oleh lebih 2.38 juta orang. Termasuk mencapai 89 juta orang menonton video tersebut sekaligus berjaya memecah rekod paparan video secara langsung di laman facebook yang paling ramai orang melayari setakat ini. Sebelum ini, terdapat paparan video mengenai letupan tembikai yang diterbitkan oleh Buzzfeed, telah menjadi juara dalam tempoh masa yang agak lama sebagai video siaran langsung yang paling ramai orang layari, video berkenaan turut berjaya mengumpul sejumlah lebih satu billion orang menonton. Menurut Candace ketika ditemubual wartawan BBC, ketika itu dia hanya anggap topeng itu menarik dan terus dapat idea untuk berkongsi dengan kawan secara siaran langsung, tapi tanpa disangka-sangka video tersebut mendapat sambutan luar biasa oleh sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia. Tambahan lagi, tanpa diduga, bahagian gelak ketawa dia itu telah menjadi seolah-olah penawar dan berjaya membantu mereka yang mengalami kemurungan sembuh daripada penyakit tersebut. "Ada orang beritahu saya, mereka ada kemurungan, selepas menonton gelagat gelak ketawa saya dalam video itu telah membawa kegembiraan buat diri mereka, ini adalah kali pertama saya bergelak ketawa terbahak-bahak dalam tempoh dua bulan ini." Candace berkata, kesan luar biasa yang diperolehi itu sememangnya di luar jangkaannya. Bagaimana pun, bagi Candace sekiranya suara gelak ketawanya itu dapat membawa kegembiraan kepada orang lain, membolehkan mereka keluar daripada alam negatif, dia amat rela melakukannya bila-bila masa sahaja.- CARI Infonet |
20
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
14
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT