Oleh : TS LOO Pada zaman kanak-kanak, kita pastinya mempunyai sahabat rapat yang sering bermain bersama dan ada kalanya akan tercetus apa yang dikatakan orang 'Puppy Love' di mana seseorang itu akan terjatuh hati pada seseorang lain pada ketika itu tanpa disedari.
Namun hubungan persahabatan itu akan terpisah apabila masing-masing mula bekerja dan meninggalkan kampung halaman. Kebiasaannya sahabat zaman kanak-kanak terdiri daripada anak-anak jiran atau mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal yang berdekatan. Di Wilayah Henan, seorang lelaki bernama Zi-heng Wang, 24 ketika berusia enam tahun pernah menyuarakan hasrat buat ibunya untuk memperisterikan Qian-qian yang merupakan jiran sebaya dengannya.
Tanpa disangkakan, kini impian Zi untuk mengahwini Qian-qian hampir tercapai setelah berpisah sejak 18 tahun berikutan keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan. Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka baru-baru ini. Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini. Lebih manisnya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.- CARI Infonet Kita doakan perkahwinan pasangan tersebut akan berkekalan sehingga ke anak cucu. sumber : www.odditycentral.com
|
14
Bagus |
11
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uniq61 replied at 25-5-2016 05:34 PM
KALAU DAH JODOH TAK KEMANA..
DULU ADA PASNAGAN KAT MALAYSIA NI COUPLE 6 TAHUN DAN SELALU TUNGGU BAS ...
ADVERTISEMENT