Oleh : TS LOO Mungkin sesetengah pihak akan bertanya kenapa lukisan boleh dijual sehingga harga mencecah berbillion. Tapi bagi mereka yang mengumpul lukisan ternama, nilai seni karya lukisan tersebut memang berbaloi dengan harga setinggi itu.
Jadi tahu tak setakat ini lukisan yang paling mahal berapa harganya? Dan apa yang dipaparkan dalam lukisan tersebut? sumber foto:http://images2.corriereobjects.it/ Lukisan tersebut merupakan hasil karya Paul Gauguin pada abad ke-19 yang bernama Nafea faa ipoipo yang memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada ketika itu.
Difahamkan ianya dijual pada harga sehingga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan dan berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal di dunia setakat ini. Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni mengesahkan penjualan tersebut, bagaimanapun identiti pembeli enggan didedahkan biarpun ada dakwaan lukisan dibeli oleh kerajaan Qatar. Rekod lukisan termahal sebelum ini dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisan yang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta). - CARI Infonet sumber : http://www.theartwolf.com/
|
4
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
30
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT