Oleh : Dean BZ
Baru-baru ini, seorang pekerja muslimah yang bekerja di sebuah restoran yang menjual makanan nasi daging khinzir di Jakarta Barat telah dibuang kerja gara-gara gambarnya tersebar di laman sosial. Pemilik restoran terpaksa mengambil keputusan memecat pekerja muslimah itu kerana gambar itu telah dikritik hebat serta mencetus perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam di Indonesia. Memetik laporan Jakarta Post, tindakan memecat wanita berkenaan bagi mengelakkan salah faham orang ramai yang mempertikaikan pekerjaan wanita itu. “Kami tidak lagi menggaji wanita berhijab itu sejak 20 Mei 2016 selepas menerima nasihat daripada orang Islam yang menghubungi kami,” kata pemilik restoran itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial pada Selasa, lapor Jakarta Post.
Menurut keterangan pemilik restoran, wanita itu dikatakan terpaksa bekerja di restoran tersebut kerana berdepan dengan masalah kewangan dan kekangan ekonomi. Pemilik restoran tersebut dalam kenyataan yang sama turut memohon maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan insiden tersebut. “Kami ingin meminta maaf kepada semua umat Islam yang merasa tersinggung dengan gambar seorang wanita bertudung yang tersebar itu,” lapor portal itu lagi. Pemilik restoran itu turut menjelaskan walaupun wanita itu sendiri yang datang dan mahu bekerja di restorannya, dia tidak pernah diminta untuk menyentuh daging khinzir meskipun menggunakan sudu dan tidak pernah diminta untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk menghidang daging khinzir. Kisah wanita ini sangat menarik perhatian dan menjadi topik perbualan ramai tentang kewajarannya bekerja di restoran yang menghidangkan makanan tidak halal, sedangkan didalam hidup ini kita sentiasa mempunyai pilihan walaupun kesempitan hidup? Apa kata anda. - CARI Infonet. Sumber - malaysiandigest
|
35
Bagus |
27
Marah |
31
Terkejut |
39
Sedih |
25
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mujer_in_espejo replied at 24-5-2016 10:07 PM
Ai nak tunggu para atheis n pemutarbelit agama bagi komen mukadimah. Bak kata porumers, "thread lauk ...
Changa replied at 24-5-2016 11:32 PM
akak teringin pulak nak makan nasi babi
Changa replied at 24-5-2016 11:32 PM
akak teringin pulak nak makan nasi babi
cmf_premierleag replied at 25-5-2016 01:11 AM
Aku memahami bilamana dia bagi alasan sbb ekonomi
It shows that ummah moslem kat indon sana tak mam ...
mujer_in_espejo replied at 24-5-2016 10:07 PM
Ai nak tunggu para atheis n pemutarbelit agama bagi komen mukadimah. Bak kata porumers, "thread lauk ...
ADVERTISEMENT