Oleh Izzah Abbasy Meh nak kongsikan dengan anda kenapa hanya ikan Cencaru sahaja orang belah di belakangnya dan disumbat sambal ataupun kelapa? Ha, jawapannya sebab ikan tu pakai jeket. Dan isinya tak lembut macam ikan lain. Betul tak? Menu Ikan Cencaru Sumbat Sambat ini jarang dijadikan menu harian untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Rata-ratanya selesa untuk menyediakan hidangan ini tatkala ingin makan besar, raikan tetamu atau hari-hari istimewa. Tetapi, ada juga yang jadikan Cencaru Sumbat Sambal ini sebagai menu harian, bukan tiada langsung tau! Nah, resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal dimakan pula dengan nasi panas-panas khas untuk anda. - CARI Infonet Bahan-bahan
2 ekor ikan cencaru dibelah belakang 5 batang lada merah dipanggang hingga layu 1 ketul belacan bakar sebesar ibu jari 3/4 sudu kecil pati asam jawa adabi secubit gula Cara-cara penyediaan 1. Lumurkan ikan cencaru dengan garam kunyit dan ketepikan. 2. Tumbuk bahan-bahan yang dipanggang hingga agak lumat dan tambahkan secubit gula. Tumbuk lagi. 3. Tambahkan pati asam jawa dan gaul sebati. 4. Ambil ikan cencaru tadi dan sumbatkan dengan sambal yang telah ditumbuk. 5. Goreng dengan minyak terendam dengan api sederhana hingga masak. 6. Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat mencuba! Foto : Google
|
9
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makneng replied at 26-5-2016 05:46 PM
Kejammm...mak sebak tgk gamvor ni, bertambah sebak teringat sedapnya cencaru sumbat...
sabar_sabariah replied at 26-5-2016 05:46 PM
uish!!!! sedap ni..
aku memang giler ngan ikan cencaru ni
kalo masak, mak aku bagi sorang makan se ...
CARI-IIN replied at 26-5-2016 05:51 PM
hahaha cepat buat...
makneng replied at 26-5-2016 05:52 PM
Bukan masalah buat, masalah x leh amik solid food dekkkk. Mak soft diet nih
dubuk replied at 26-5-2016 05:54 PM
bedal je makneng
besok puasa boleh ganti balik
prettyuglybabe replied at 26-5-2016 05:54 PM
selalu buat tak jadik..
tak cantik mcm pic tu..
kena goreng minyak banyak eh?
makneng replied at 26-5-2016 05:57 PM
Uolls kena deep fry ni. Cer la buat lg sekali.
dubuk replied at 26-5-2016 05:52 PM
hoiii sedapnyaaa
sebelum bulan puasa tiba, nak melantak banyak banyak jadi ular sawa sat
prettyuglybabe replied at 26-5-2016 05:58 PM
oooo... kena goreng tenggelam ye..
iols ni kedek minyak sikit
makneng replied at 26-5-2016 06:00 PM
Sblm ni mak pon x tau kena minyak byk..tp kalo dah sambal tu cukup bahan.. Rasa sedap jah uolls
prettyuglybabe replied at 26-5-2016 09:35 PM
Berapa kali buat tak jadi.. ikan tu rasa tawar
ADVERTISEMENT