Oleh : TS LOO Ambil perhatian, bagi mereka yang ingin menggunakan pengangkutan keretapi keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity untuk balik kampung sempena Aidilfitri.
Mulai Jumaat ini, sejumlah 333,000 tiket untuk perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity telah disedikan untuk tarikh perjalanan tiket dari 24 Jun hingga 17 Julai boleh diperolehi di semua kaunter KTMB. Pengumuman tersebut dibuat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam Menurut KTMB, langkah penjualan tiket dua bulan lebih awal dari tarikh perjalanan adalah untuk memudahkan orang ramai membuat perancangan perjalanan. Selain kaunter KTMB, tiket turut boleh diperolehi menerusi khidmat atas talian di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung status tiket, jadual tren dan tambang di stesen KTMB yang berhampiran, Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau laman rasmi KTMB.- CARI Infonet sumber : www.bernama.com
|
14
Bagus |
8
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT