oleh Adib Za Berita hangat buat pengikut filem Thor. Ada khabar angin mengatakan filem ketiga Thor: Ragnarok yang bakal ditayangkan pada tahun 2017 itu ada kejutan apabila menampilkan watak Hulk.
Gosip tentang filem lakonan Chris Hemsworth dan juga Tom Hiddleston itu semakin tersebar apabila para peminat mula membuat spekulasi yang watak Hulk hanyalah tampil sebagai cameo. Buat masa ini tiada kata-kata daripada pihak Marvel Studio sendiri tentang hal ini. Bagaimanapun, bagi para peminat mereka berasa bingung bagaimana watak Hulk bakal dimasukkan dalam filem Thor yang ketiga itu nanti. Ini kerana Thor dan Hulk tinggal di 'dunia' yang berbeza. Memetik laman JobBlo, planet Hulk merupakan planet yang diduduki Hulk selepas Avangers setuju untuk menjauhkannya dari Bumi. Mungkin kisah Thor ini akan digarap dengan sedikit jalan cerita yang berbeza daripada komik Planet Hulk itu sendiri nanti.
Apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran Thor dan Loki yang pasti menyemarakkan suasana! - CARI Infonet Sumber: JoBlo Sumber foto Carian google |
8
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batman_2007 replied at 2-6-2016 07:48 PM
Entah. Mcm main2 jer buat filem. Putus selera nk tgk. Kalau ada sidekick watak baru xpe la..
fazamania replied at 3-6-2016 01:05 AM
Mmg terbaik lah. Harap marvel masukkan watak cicak man sekali.
ADVERTISEMENT