oleh Adib Za Siapa sangka sebuah stesen minyak telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang duduk di kawasan sekitarnya.
Itulah yang dirasai oleh mereka yang berasa terharu bila mendapati Petronas di Kg Baru Kuala Lumpur bakal ditutup untuk selamanya tidak lama lagi. Seorang netizen, Ondscene Shamsul bercerita bagaimana perasaannya bila mendapat tahu stesen minyak yang banyak berjasa di tengah-tengah Kuala Lumpur itu akan ditutup untuk pembangunan MRT. Katanya, banyak kenangan pahit manis warga Kuala Lumpur bermula di sini. Stesen minyak inilah yang menjadi landmark untuk pelbagai pertemuan dan mereka yang pertama kali bertamu ke ibu kota. Ternyata, luahannya telah menerima banyak respon yang sama, perasaan nostalgia terhadap satu lokasi yang menjadi keperluan semua orang pada masa ini. Menyamakan nasib stesen ini dengan bangunan Ampang Park yang terpaksa dihentikan khidmatnya demi pembangunan yang rancak dibina.
Baca nukilan netizen ini. MRT - Atas Nama Pembangunan : Terharu Berakhir Sayu - Petronas Kg Baru Tinggal Kenangan. Nota : kepada yang ada kenangan di sini, sila jangan sebak membacanya. Anggaplah ia sebagai umpama kenangan berakhirnya legasi Ampang Park Kampung Baru Kuala Lumpur 31 Mei 2016 Pagi ini, ketika hendak mengisi petrol di Petronas Kg Baru, juruwang menghulurkan dua bungkusan makanan ini. Sebungkus meehun goreng dan kuih (karipap dan cucur badak) Di atas bungkusan meehun, ada stiker : Terima Kasih Di atas sokongan anda selama 25 tahun dari kami PETRONAS KAMPUNG BARU. Perasaan terharu terbit kerana kemurahan hati pengurusan yang memberikan 'hadiah' kepada pelanggan yang datang. Tapi... sebenarnya, perasaan terharu itu kemudiannya bertukar sayu... Ye - 7 Jun 2016 ini segalanya berakhir di mana operasi stesen Petronas ini akan dihentikan selama-lamanya untuk memberi laluan kepada projek pembinaan MRT. Banyak kenangan pahit manis kepada ramai warga Kuala Lumpur sejak adanya stesen minyak Petronas ini. Ia antara beberapa stesen minyak yang berada di tengah-tengah pusat bandaraya dan akhirnya ia menemui penghujungnya. Beberapa tahun lalu di sebelahnya adalah stesen NGV Petronas yang akhirnya dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan hartanah. Petronas Kampung Baru sejak sekian lama menjadi 'landmark' untuk pertemuan atau kepada mereka yang pertama kali sampai di tengah pusat bandaraya. "OK, Jumpa di Petronas Kg Baru. I tunggu u di tepi tu..." "Hang tau tak Kampung Baru? Hang sampai Petronas, hang berhenti sana, aku mai datang ambik..." "Aku dok jupe jalang ni mek. Nok hala mannna ni. Kiri aku ader Petronah. Bengong aku jalang Kei El ning .." "Kitak ada nangga Peteghonass ngakk? Tunggu sitok, kamek sampai..." Itu antara dialog yang mungkin pernah berlaku sepanjang 25 tahun memberikan khidmatnya. Dulu, saya selalu menjadikan Petronas Kg Baru sebagai 'sasaran' untuk merakamkan visual ketika kenderaan beratur panjang membeli minyak apabila harga minyak diumumkan akan naik. Ia juga lokasi sangat sesuai dan mudah untuk mendapatkan 's.o.t. voxpop' jika mau temubual pengguna tentang isu kenaikan harga minyak. Dengan berlatarbelakangkan bangunan KLCC, ia seolah memberikan gambaran, tiada apa yang akan dapat membantu untuk ia tidak dirobohkan jika itu kehendak mereka yang menamakannya atas nama pembangunan. Ia senasib dengan bangunan Ampang Park. Nota : Untuk rekod, atas nama pembangunan dan pembinaan MRT, banyak stesen minyak telah lenyap di muka bumi ini di Kuala Lumpur dan banyak memberi kesan kepada pengguna jalanraya. Antaranya : Petron dan Shell di Pusat Bandar Damansara BHP di sebelah Eastin Hotel Petronas di Jalan Damansara seberang jalan plaza Tol Caltex di kiri dan kanan jalan Damansara berhampiran Taman Tun Dr Ismail. Petronas Kampung Baru Jumlah : 7 buah (sekurang-kurang) #Petronas #KgBaru #KampungBaru #PetronasKgBaru #MRT #lenyap #kenangan #Caltex #BHP #Shell #Petron #roboh Sumber/ Kredit Foto: Ondscene Shamsul
|
4
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT