oleh Adib Za Puluhan kucing kelihatan berkeliaran di tepi pantai Pulau Sardinia. Pulau yang terletak antara tiga negara iaitu Sepanyol, Tunisia dan Itali ini menjadi terkenal kerana 'dijajah' oleh puluhan kucing.
Dipercayai kehadiran kucing-kucing yang mendiami pulau itu bukanlah dalam beberapa jangka masa yang singkat, sebaliknya mencapai beberapa abad lamanya. Kucing-kucing ini tersangat manja dengan pelancong yang hadir ke pulau itu dan teletah ia bermain di tepi gigi air begitu mengasyikkan. Kalau anda selama ini menganggap kucing bencikan air, lain pula di sini. Bermain di tepi pantai bukan lagi ketakutan kucing-kucing di sini. Memetik laman Dailymail, dipercayai kehadiran kucing di pulau itu selepas dibawa oleh para nelayan yang mahu mengatasi masalah tikus di situ. Antara pemandangan di sini ialah para pelancong sibuk merakam gambar bersama kucing di situ. Memang seronok sangat!
Sehingga hari ini, terdapat 60 ekor kucing yang tinggal di pulau yang terletak di laut Mediterranean ini. - CARI Infonet |
23
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT