CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Bangkai Anak Harimau Dijumpai Dalam 'Tiger Temple' Di Thailand

3-6-2016 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11084| Komen: 28

Oleh : TS LOO





Kuil Wat Pha Luang Ta Bua di wilayah Kanchanaburi, barat Bangkok yang juga dikenali sebagai kuil harimau merupakan destinasi pelancongan yang terkenal aktiviti yang membolehkan pelancong mendekati dan mengambil gambar bersama harimau sebagai kenangan.






Terbaru, kuil tersebut didapati menyimpan sebanyak 40 bangkai anak harimau yang dipercayai mati ketika berusia satu atau dua hari. 

Penemuan itu dibongkarkan ketika serbuan pihak berkuasa hidupan liar Thailand dan polis dalam operasi menyelamat 45 ekor harimau dewasa semalam.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Taman Thailand, Adi-sorn Noochdumrong, kuil berkenaan akan dituduh menyimpan bangkai haiwan tanpa kebenaran dan fail tuduhan akan akan dibentangkan.


“Seorang penjaga kuil memberitahu dia diarahkan untuk menyimpan bangkai berkenaan apabila haiwan tersebut mati di dalam tempat penyimpanan berhawa dingin.”


Sebelum ini, Kumpulan hak asasi dan pemuliharaan haiwan pernah mendakwa kuil tersebut disyaki terbabit dalam aktiviti perdagangan haram hidupan liar serta mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual bahagian tubuh binatang eksotik untuk tujuan perubatan tradisional Cina.

Serbuan di kuil sama tahun lalu menemukan puluhan ekor haiwan hidup seperti burung enggang, serigala dan beruang.

Bagaimana pun, pihak pengurusan kuil berkenaan membuat penafian berhubung pembabitan aktiviti haram dan menjelaskana memang menjadi kebiasaan sejurus dilahirkan, sebilangan anak harimau akan mati.- CARI Infonet



sumber : http://www.utusan.com.my/
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 3-6-2016 02:05 PM
jahatnya....mmg buat duit betul bela rimau tu
Quote antidote 3-6-2016 02:25 PM
kesian nya anak harimau tu..
Quote sabar_sabariah 3-6-2016 03:38 PM
anak harimau tu mati masa dilahirkan ke memang dibunuh?
Quote AbukRokok 3-6-2016 04:09 PM
dari 5 ekor kucing hanya 1_2 yg survive ke alam dewasa... lbh buruk semua xsurvive
Quote Emperor95 3-6-2016 05:05 PM
simpati
Quote Zaien 3-6-2016 05:54 PM
ala kesiannya 40 plak tuh..
Quote mbhcsf 3-6-2016 07:45 PM
WWF would not  be very happy with this news though.

tangan tangan yg melakukan fasad
Quote JENABREJAM89 3-6-2016 09:41 PM
Cian baby ghimau .....
Quote red_cattleya 4-6-2016 02:19 AM
alaa comelnya bila kecik. ada tak ubat bagi rimau tu besar tu je?
Quote kimsa-ra 4-6-2016 02:23 AM
klu dijaga btul mustahil mati
Quote Dwdrum 4-6-2016 04:00 AM
I baca article pengakuan dari volunteer di tiger temple hasil kutipan derma dan hasil bergambar dan petting harimau sehingga mampu membeli pulau dan buat new temple.
Quote Bencohen 4-6-2016 09:17 AM
Kat bangkok geng2 yg bawa anak gajah jalan2 merata2 jual tebu tu pun sama. Tebu tu je lah yang diorang kasi makan. Kesian tengok.
Quote Artemesiaa 4-6-2016 12:31 PM
Mesti ada yang tak betul le tu kalau tak tak ada le jabatan hidupan liar nak bertindak sebab rasanya dah lama kuil ni beroperasi
Quote makneng 4-6-2016 12:47 PM
Mak harap tok sami dlm tu kena baham dgn harimau satu hr nanti :
Quote swimswim 4-6-2016 09:22 PM
Penunggang agama betul si sami2 ni
Quote Lorra2411 5-6-2016 06:52 AM
Kesiannya anak harimau tu, mengaut keuntungan je keje :
Quote chinta89 6-6-2016 08:19 AM
something fishy
Quote gula_tebu 6-6-2016 02:52 PM
alaaa comelnya, kecik-kecik dah mati.

cuma tak faham kenapa kalau kat temple kena bela semua-semua tu? ada kaitan dengan ritual ke gane?
Quote delisha09 6-6-2016 09:05 PM
kejamnya...patutnya bg mkn kat harimau manusia zalim mcm ni

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.084090 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top