Oleh : TS LOO
Tanpa disangka-sangkakan buat JK Rowling menerusi populariti hasil karya novel mitos magikal yang ditulisnya iaitu Harry Potter telah mengubah hidupnya daripada seorang penulis novel sehingga menjadi seorang jutawan. Bermula dari sebuah novel, kemudian diadaptasi menjadi sebuah filem turut mendapat sambutan menggalakkan di setiap pelusuk dunia. Selain pecah panggung, setiap episode filem Harry Potter yang ditayangkan mencatat rekod sejarah kutipan perfileman yang amat luar biasa.
Ini jelas membuktikan kehebatan JK Rowling menghasilkan idea berkenaan dunia magikal yang betul-betul menambat hati masyarakat dunia khususnya golongan muda. Baru-baru ini, di London, terdapat sebuah hotel yang telah mengubahsuai beberapa bilik hotel menjadi seperti asrama sekolah magis Hogwarts di dalam filem Harry Potter. Idea tersebut diilhamkan oleh pemilik hotel The Georgian House yang bertujuan untuk melariskan tempat penginapan yang dimilikinya. Ternyata, idea tersebut berjaya menarik perhatian pelancong yang ingin mencuba pengalaman di alam magikal seperti filem Harry Potter. Selain mempunyai katil “Muggle size”, botol posyen dan aksesori bertemakan filem terhebat itu, bilik “Wizard Chamber” yang unik dan menarik ini turut menyediakan pakej bersama “Muggle walking tour” ala-ala Harry Potter yang bermula dari London dan ke pelbagai tempat-tempat yang dijadikan ilham penulis JK Rowling. Kos pembiayaannya untuk bilik tersebut hanya serendah RM1000 hingga ke RM2000, jadi bagi peminat setia Harry Potter jangan melepaskan peluang kecemasan ini. Bawalah seisi keluarga mengunjung ke London dan menginap di hotel tersebut, pasti memberi kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya.- CARI Infonet |
10
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Spender_Bundle replied at 3-6-2016 08:48 PM
mak ai...ape function patung xde kepala tu?
kucingsenyum replied at 6-6-2016 08:44 AM
kucing imejin ade tangga bergerak dan lukisan bernyawa..kikikiki
ADVERTISEMENT