|
Oleh : TS LOO
"Tahniah Dato' Lee Chong Wei juara Terbuka Indonesia buat kali keenam!" Demikian ucapan tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter rasminya buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia untuk kali keenam, semalam. Walaupun menghadapi tentangan yang hebat, tetapi dengan pengalaman yang sedia ada Chong Wei berjaya menundukkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen, 17-21, 21-19, 21-17 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta. Kemenangan Chong Wei itu membolehkannya menyamai rekod legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.
Kali pertama Chong Wei merangkul gelaran Terbuka Indonesia adalah pada 2007, diikuti tiga tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2011, dan 2013.- CARI Infonet sumber : www.bernama.com
|
|
7
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
7
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.106356 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.