CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buka puasa dengan nasi dan budu

22-7-2013 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19597| Komen: 145



MARANG – Seminggu lalu, keluarga Maimunah Mat Ali, 45, hanya mampu berbuka puasa dengan nasi dan budu yang dikongsi empat beranak tetapi semalam, mereka sekeluarga bersyukur kerana dapat merasa nasi berlaukkan sayur.
Walaupun jauh di sudut hati, Maimunah tidak sanggup melihat suaminya yang sakit, Md Rahim Jatim, 55, dan dua anaknya berlaukkan makanan itu sahaja, namun dia tidak mampu menyediakan lebih daripada itu kerana kemiskinan yang menghimpit.
“Anak bongsu, Roszairah, 7, jarang makan makanan berzat kerana kami tidak mampu. Jika ada duit sikit, kami lebih mengutamakan keperluan ubat-ubatan untuk bapanya yang sedang sakit,” katanya.

Suaminya bukan sahaja menghidap penyakit misteri, malah turut mengalami kecederaan di kaki kirinya akibat ditimpa pokok getah beberapa tahun lalu, menyebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kini dipikul sepenuhnya oleh Maimunah.
Sungguhpun demikian, Maimunah berkata, anaknya tidak pernah bersungut walaupun hanya makan nasi putih dengan budu sahaja dan keadaan itu sering berlaku apabila bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lambat diterima mereka.
Maimunah tidak bekerja kerana perlu menguruskan keluarganya, sementara anak sulungnya, Mohd Amirul, 21, kini bekerja di sebuah padang golf di Kuala Lumpur dan anak keduanya pula, Mohd Azuan, 16, bekerja sambilan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, ketika sihat dahulu, suaminya melakukan pelbagai jenis kerja termasuk menjual buah-buahan dan biasanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM50 sehari untuk menyara keluarga.


“Namun keadaan berubah sejak abang (suami) sakit dan dia sudah bertahun menderita akibat kaki kirinya ditimpa pokok getah.
“Justeru, kami sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan dan ia habis digunakan untuk membeli ubat tahan sakit. Jika ada baki, barulah kami beli keperluan dapur dan menyedihkan kerana mahu minum teh atau kopi pun kami tidak mampu membelinya,” katanya.
Ditanya persiapan hari raya tahun ini pula, Maimunah berkata, seperti juga tahun sebelumnya, mereka sekeluarga hanya beraya ala kadar dan jika ada kuih-muih dan baju raya, semuanya itu hasil pemberian pihak yang bersimpati dengan nasib mereka.

Sementara itu, suaminya, Md Rahim turut menangis teresak-esak kerana tidak menyangka wakil Sinar Harian akan datang semula ke rumahnya semalam, kerana katanya, selepas kisahnya disiarkan akhbar ini tahun lepas, ramai pihak datang dan membantunya.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana kisah hidup saya mendapat perhatian banyak pihak. Terima kasih kepada semua yang membantu sebelum ini. Hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalas budi baik mereka.

“Saya kasihankan isteri kerana perlu menanggung keluarga dengan dibantu anak lelaki. Saya mahu bekerja semula tetapi tidak berdaya, malah isteri perlu menyuap saya makan kerana keadaan kesihatan semakin merosot,” katanya.
Md Rahim turut menyuarakan hasrat memohon sebuah kerusi roda yang baru kerana kemudahan sedia ada telah rosak.
Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 014-8346489 (Maimunah) jika mahu menghulurkan sumbangan.

“Kami sekeluarga juga amat berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerung Seberang kerana sering datang bertanyakan khabar dan membantu kami semampu yang mereka boleh,”  katanya yang tinggal di Jalan Masjid, Kampung Jerung Seberang di Pengkalan Berangan. – Sinar Harian






15

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-7-2013 01:38 PM
kat kelantan ni memang ada org yang hanya makan nasik dgn budu ja...i pernah tgk dgn mata kepala sendiri...balik dari sekolah bebudak ni makan nasik lauk tu..
Quote Anak_Nogori 21-7-2013 01:38 PM
Mana DUN, mana MPnya?..
Quote noor2 21-7-2013 01:40 PM
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 01:38 PM
Mana DUN, mana MPnya?..

ni dah masuk paper...harap2 ada yang perihatin...terutama yang kaya raya....

Quote Anak_Nogori 21-7-2013 01:44 PM
noor2 posted on 21-7-2013 01:40 PM
ni dah masuk paper...harap2 ada yang perihatin...terutama yang kaya raya....

bila masuk paper baru nak prihatin..kalau tak dabik dada..kami parti utk rakyat demi rakyat..
Quote FaithNoMore 21-7-2013 01:45 PM
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 01:38 PM
Mana DUN, mana MPnya?..

MP sibuk makan kambing...


Quote novelloverzz 21-7-2013 01:45 PM
siannya lps ni mst ramai yg hulurkan sumbangan
Quote FaithNoMore 21-7-2013 01:45 PM
Laki dia sampai kena heret atas tikar aje...
Quote FanTasyCreaTioN 21-7-2013 01:47 PM
sakit apa kah pakcik tu yer ..
Quote noor2 21-7-2013 01:48 PM
FaithNoMore posted on 21-7-2013 01:45 PM
MP sibuk makan kambing...

lapaqnya tgkkkkk

Quote DARSITA 21-7-2013 01:49 PM
Orang yang macam ni elok lah ditolong - suaminya tu buat segala macam kerja time sihat. Hok sihat segar bugar rela merempat bawah jambatan atas alasan------------- > "atas sebab sebab yg tidak dpt dielakkan saya tak boleh berkerja".

Tak ke nak kena sumpah?
Quote Anak_Nogori 21-7-2013 01:50 PM
FaithNoMore posted on 21-7-2013 01:45 PM
MP sibuk makan kambing...

Pemimpin makan nasi dgn kambing panggang....anak buah makan nasi dgn budu je.....

tak tahulah nak nagis ke nak gelak besau2..
Quote raxief 21-7-2013 02:11 PM
ish kesiannya..
Quote alien3d 21-7-2013 02:12 PM
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 01:50 PM
Pemimpin makan nasi dgn kambing panggang....anak buah makan nasi dgn budu je.....

tak tahulah n ...

tak leh salahkan pemimpin. Yang Betul salah peminpin kawasan.. Kalau JKKK tak ambik iktibar cari Pemimpin Bn atau PR atau  baitulmal .Sapa nak tahu ?
Benda ni tak kira berlaku di negeri BN or pr atau kaum.

Quote Anak_Nogori 21-7-2013 02:14 PM
alien3d posted on 21-7-2013 02:12 PM
tak leh salahkan pemimpin. Yang Betul salah peminpin kawasan.. Kalau JKKK tak ambik iktibar cari P ...

aa'ah..dlm kes ni tak leh salahkan pemimpin..dandan je tak salah pemimpin...kalau tak..Najib yg tak ada kena mengena pun disebut.
Quote ninja boy 21-7-2013 02:15 PM
harap ada pihak langgar lari/tetak laki beliau, bila laki mati, bini boleh bekerja serta merta hidup kembali normal
Quote alien3d 21-7-2013 02:18 PM
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 02:14 PM
aa'ah..dlm kes ni tak leh salahkan pemimpin..dandan je tak salah pemimpin...kalau tak..Najib yg ta ...

-> Kalau oh bangau nyer style.. Najib pun kena gak.. Perdana Menteri...
Bagi aku mana baitulmal.. Apa duit berjuta $$$ collect.. Takan tak tolong fakir miskin.Lagi lagi bulan puasa..
*** Zakat Fitrah sila bayar yer pada yang muslim.untuk menolong orang sebegini.

Quote Muntz 21-7-2013 02:26 PM
Takkan tak reti nak kutip sayur tepi jalan kut? Negara kita nie bukan mcm Arab yg tanahnya tandus dan kering. Byk jer sayur2 tepi jalan yg boleh dikutip buat makan contohnya sayur kangkung, paku, aku tengok midin pun ada di S'jung kat tepi2 jalan. Bila dah ada sayur tu, tak perlu masak pun takper. Ulamkan jer dgn budu yg ada tu. Berkhasiat jugak.
Quote jazaa 21-7-2013 02:33 PM
FaithNoMore posted on 21-7-2013 01:45 PM
MP sibuk makan kambing...

kambing panggang jamuan berbuka.....
Quote jazaa 21-7-2013 02:34 PM
ninja boy posted on 21-7-2013 02:15 PM
harap ada pihak langgar lari/tetak laki beliau, bila laki mati, bini boleh bekerja serta merta hidup ...

harap2 bini hang nanti buat mcm tu kat hang.....

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.074972 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top