Oleh : Dean BZ Masih ingat lagikah rancangan Jejak Rasul yang ditayangkan di TV3 setiap kali bulan Ramadan? Muzik intro rancangan ini sudah cukup menggamit kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanak.
Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Rancangan ini biasanya ditayangkan pada sebelah petang sementara menunggu waktu berbuka puasa. Kini Jejak Rasul sudah memasuki episod berbelas-belas dan menerokai keseluruh tempat hingga ke kepulauan Oceania .
Zainal Ariffin Ismail yang merupakan hos Jejak Rasul dan juga selaku penerbit eksekutif Jejak Rasul 16 menegaskan, “Sejak mula bersiaran lebih 15 tahun dahulu, program Jejak Rasul terus memberi impak yang amat berkesan kepada penonton dan industri dalam sejarah dokumentari berbentuk ilmiah. Tidak hairanlah kenapa siri pengenalan Jejak Rasul ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan saban tahun dan telah menerima beberapa anugerah di dalam bidang penyiaran tempatan dan diiktiraf antarabangsa. Meneruskan tradisi dengan menyajikan hanya yang terbaik untuk para penonton setia kami, kesinambungan Jejak Rasul diteruskan di mana misi dan visi kali ini bertujuan untuk membuka minda di samping memberi gambaran dan fakta yang benar tentang agama Islam dan sejarahnya, sekaligus dengan harapan dapat sedikit-sebanyak menyangkal dan mengurangkan persepsi buruk dan negatif orang ramai terutamanya mereka yang agak terikat dengan ‘racial profiling’ dan terpengaruh dengan sumber ataupun rujukan yang tidak boleh dipercayai.” “Secara dasarnya, faktor utama punca kepada perbalahan dan krisis perang skala global berpunca daripada pergolakan budaya dan agama yang telah digembar-gemburkan sejak berabad lamanya. Kami bersyukur dan berbangga kali ini program Jejak Rasul 16 akan disiarkan serentak bersempena bulan puasa bukan sahaja di negara kita sendiri, malah akan turut ke udara di Indonesia dan Brunei. Ini bermakna pendedahan dan paparan yang ditonjolkan dapat dikongsi dan difahami bukan sahaja oleh para penonton TV3 tetapi hampir sebilangan besar penduduk di Asia. Oleh itu, tema atau subjek utama Jejak Rasul musim ini Trilogi Suara Kebenaran harus diberi keutamaan dan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat, supaya mesej dan falsafah yang hendak disampaikan dapat difahami dan seterusnya menjadi amalan kehidupan harian kita semua,” ujar Zainal lagi. Semoga rancangan Jejak Rasul ini akan berterusan supaya dapat dijadikan santapan rohani bagi generasi sekarang dan akan datang. - CARI Infonet. |
12
Bagus |
4
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT