CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perunding Hartanah Kongsi Tip Tukarkan Hantaran Kahwin 15K Kepada Deposit Rumah

8-6-2016 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9004| Komen: 17

Oleh Izzah Abbasy

Nak kahwin pasti inginkan belanja mewah dan majlis besar-besaran sehingga memerlukan belanja puluhan ribu ringgit dan ada yang tidak kisah mengadakan kenduri ikut kemampuan sendiri.

Ada juga keluarga pihak pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang tinggi tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri dan ada juga segelintir ibu bapa pihak perempuan menggunakan wang hantaran untuk diadakan kenduri.


Ketahuilah yang menyediakan kenduri kahwin itu sebenarnya tanggungjawab ibu bapa, tidak kisah lah mampu atau tidak, jika tidak mampu, adakan kecil-kecilan berdasarkan kemampuan kita.

Ini kerana wang hantaran berkenaan seeloknya dirancang untuk kehidupan anak selepas berkhawin dan tinggal bersama psangan mereka iaitu menantu kita sendiri.

Dikongsikan panduan untuk menguruskan wang hantaran sebaiknya oleh perunding hartanah, Saudara Azizul Azli Ahmad, beliau terlah berkongsikan satu tips yang cukup berguna kepada pasangan yang baru atau akan berkahwin diluar sana.

Jom baca dan ambil ikhtibar bersama. - CARI Infonet



PANDUAN GUNA DUIT HANTARAN


1. Bila ada yang marah marah dan hantuk kepala bila saya kata "Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki", izinkan saya beri cadangan.

2. Jika hantaran kita RM15 000, takkan kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto saja.

3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.

4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira hutang yang berjela jela.

5. Tetamu makan tak habis buang merata rata. Bakal suami himpun duit RM15 000 sampai nak keluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.

6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu 'kewajipan' ibubapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.

Jika tak mampu kata Ustaz Kazem buat makan nasik lemak sahaja.

7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?

8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100k lagi.

9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10%).

10. Bayaran lawyer, jurunilai, setem hasil sekitar RM3700 sahaja. Jumlah semua RM13700 dan masih da baki RM1300 lagi.



11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tak ada lagi mintak tambah RM700 bagi jadi RM2000.

12. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1000)

13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia.

Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.

14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.

15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.

16. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan nak 'poyo' sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.

17. Masyarakat Kelantan Terengganu dah buat lama, kita saja buat-buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama lama.

18. Rancang duit hantaran nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu 'upload' dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja.




Kerdit : Siakapkeli.my
8

Bagus
16

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 9-6-2016 04:55 AM
bagus idea ni, adik aku kahwin nnt bia aku tggung, duit hantaran bg balik suh beli umah.
Quote mizkajura 9-6-2016 09:22 AM
alhamdulillah. semoga ramai yg lebih celik mata. kehidupan lepas kawin tu yg lebih memerlukan wang...
Quote ALWAYSREDA 9-6-2016 09:49 AM
Ini mungkin utk parent yg open minded dan berfikiran jauh...tapi bagi yg masih berfikiran konservatif dan berlandaskan adat keturunannya yg sekian lama bagaimana.
Quote kucingsenyum 9-6-2016 10:08 AM
kalau family yang faham dan x kisah...bolehla buat mcm ni..
Quote Star_el 9-6-2016 03:38 PM
Senanya aku xberapa suka dpt yasin drpd kenduri kawen tu. Dah banyak dah yasin kat rumah aku. Tak terbaca, rasa berdosa lak biar buruk gitu. Adalah jugak pergi letak2 kt masjid/surau, tp mostly dah ada yasin sendiri.
Quote sabar_sabariah 10-6-2016 07:48 AM
betul sangat.. time aku, walaupun duit hantaran tak banyak sampai 15k, tapi aku rasa banyak benda yg boleh dikurangkan sana sini. time aku, takde sape yg advise. nanti bila adik pompuan aku kawin, boleh aku advise dia ikut cara camni.

memanglah sebelum kawin banyak fikir, nanti apa orang tu kata.. apa orang ni kata...
tapi lepas kahwin, kita yg tanggung sendiri semua..
Quote idadzira 10-6-2016 08:57 AM
aku pernah cadangkan mcm ni untuk kenduri adik bongsu ku tapi kena marah lak hahahaha lantak la. kenduri aku dulu simple je. Ada gak khemah, makan n minum, tetamu siap dapat cenderamata lagi. Pelamin x de, kompang x de, zapin or karaoke segala x de...membazir je semua tu.
aku pakai gak duit hantaran tu coz parent x mampu sponsor tapi cuma guna 10% je dari duit hantaran tu. lebih simpan.
Quote katokcun 10-6-2016 09:14 AM
Star_el replied at 9-6-2016 03:38 PM
Senanya aku xberapa suka dpt yasin drpd kenduri kawen tu. Dah banyak dah yasin kat rumah aku. Tak te ...

aku pn xsuke...terlalu byk yg bagi..kt rumah aku melambak..byk gak dah bg kt org...still ade lg..
aku suh mak aku bg tau membe2 dia..if buat ape2 majlis..jgn ar bg yasin lg...bukan xsuke...cume xelok if bersepah2 xdibaca...

tp nk wat cmne...mmg memberi tu dpt pahala..tp klu dah sampai bersepah2..berdosa plk..
Quote Star_el 10-6-2016 09:19 AM
katokcun replied at 10-6-2016 09:14 AM
aku pn xsuke...terlalu byk yg bagi..kt rumah aku melambak..byk gak dah bg kt org...still ade lg..
...

Aah lagi satu kad kawen dgn ayat Quran tu.
Quote Minami2013 10-6-2016 11:10 AM
Buat yang wajib je... betul lah tu... ade yg sampai buat loan utk kenduri.... lepas kawin siap tambah tanggungan byr loan lagi...
Quote munchkin 10-6-2016 03:21 PM
Dah lama dah buat. Tahun 2007 lagi. Ada juga soksek soksek tak puas hati sebab nak habiskan duit pada tetamu (door gift / cake). Tapi pengantin ikut kepala sendiri.  Janji duit langsung tak keluar. Duit hadiah pun lebih dari kos majlis. So top up utk beli furniture pulak.
Quote fezy 12-6-2016 10:40 PM
Aku dulu penah ckp ng mak aku nk kawin jemput 200 je. Masalahnya, keluarga extended family pun dah 200.
So kenalah tegur dek mak aku kan

Mungkin saudara azizul ni jenis open minded. Nanti kita tengok time anak dia kawin, dia nak jemput sedara dekat dan kawan2 anak dia saja je atau dia nak jemput bekas kawan sekolah dia sendiri (bukan kawan sekolah anak dia ya) sebatalion.

Quote gigahertz 14-6-2016 12:04 AM
fezy replied at 12-6-2016 02:40 PM
Aku dulu penah ckp ng mak aku nk kawin jemput 200 je. Masalahnya, keluarga extended family pun dah 2 ...

thread ni perlu di pin sehingga masa itu smpai
Quote gigahertz 14-6-2016 12:06 AM
Minami2013 replied at 10-6-2016 03:10 AM
Buat yang wajib je... betul lah tu... ade yg sampai buat loan utk kenduri.... lepas kawin siap tamba ...

hutang tak habis bayar.dah cerai.berai.
alasan? lupa nak flush tandas lepas berak.
Quote fish 14-6-2016 12:56 PM
Duit hantaran tu buat deposit rmh, untung la si suami
dlm family aku kenduri kendara mmg ayah tanggung pun
duit hantaran mak buat beli emas, siap tmbh duit sendiri lg sbb hantaran anak ciput

Quote chinta89 3-8-2016 12:10 PM
ummah melayu berlumba2 nk tunjuk n bgtau pd hari bsanding n compare2 ngn majlis sdra n kwn lain : pelamin sape plg mahal, baju sape plg lawa, berapa psg persalinan pakaian, goodies bag sape plg wowww..

yg lain belakang kira. lps nikah, tdo bertilamkan toto. dgn alasan "kami belajar hidup susah dari bawah.. org dlu2 pun gtu jugak, mula2 kawin xde harta, tdo ngn toto, rumah takde peti sejuk, tilam, tv almari.. org kata rezeki anak nt dpt beli sikit2, lps tu kebanyakannya dpt kije lagi baik" aku mcm ok fineeee dah korang ckp mcm tu.
Quote green~tea 3-8-2016 12:53 PM
mindset wanita kelantan or terengganu mmg dah lama camni... majlis kawen samada disponsor oleh mak ayah atau hasil "hadiah" tetamu... biasa tetamu kat belah sini tak bagi hadiah dalam bentuk perkakas rumah... diorang bagi duit atau baucer...  tp hadiah duit ni biasa applicable untuk anak perempuan/lelaki pertama dalam family tu (kenduri yg pertama dlm family tu)... anak2 seterusnya dia panggil kenduri kawen +arwah (kira jamu tetamu & doakan skali utk arwah2 yg meninggal kat family tu & so duit tak di collect)...

belah sini mmg kalo kawen, duit hantaran & mas kahwin mmg disebut sekali masa akad nikah... jadi kitorang takde maskahwin rega 300 hengget  cenggitu.. kalo akad nikah, terus mention rm10k, 15k, or gelang or rantai emas berat sekian2... so bila masuk jumlah tu dalam akad, automatic sume tu milik pengantin perempuan, orang len takleh usik...

tea dulu2, duit hadiah kahwin tetamu2 bagi dpt total RM7,700... so, mmg cukup utk bayar segala cost kenduri termasuk sewa pelamin, baju & makan2... siap ada lebih2 lagi, so tea bagi kat ayah la... duit mas kawen 10k plak tea buat beli tanah.... mmg tak cukup amount tu beli tanah, tp kira topup laa dari kos overall..

most ipar2 & biras tea buat duit mas kawen tu beli barang kemas... yang bukan ada permata2 tu.. tp yang emas pure 916 or 999  yang boleh timbang & jual balik.. biasa yang emas pure ni rega 10k ke atas...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069597 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top